#Allah banyak memperingatkan sifat-sifat mereka (kaum munafik) di dalam kitab-Nya, diantaranya:
“Dan jika mereka (kaum munafik) bertemu dengan orang-orang beriman mereka berkata: ‘Kami beriman.’ Namun bila mereka bertemu dengan para syaitan, mereka berkata:
“Dan jika mereka (kaum munafik) bertemu dengan orang-orang beriman mereka berkata: ‘Kami beriman.’ Namun bila mereka bertemu dengan para syaitan, mereka berkata:
‘Sesungguhnya kami bersama kalian. Kami
hanyalah mengejek-ngejek mereka (kaum muslimin).” (Al Baqarah: 14)
Allah juga berfirman yang ertinya: “Mereka (orang-orang munafik) mengatakan sesuatu yang berbeza dengan apa yang ada di hatinya.” (Al Fath: 11)
Allah juga berfirman yang ertinya: “Mereka (orang-orang munafik) mengatakan sesuatu yang berbeza dengan apa yang ada di hatinya.” (Al Fath: 11)
Rasulullah mengingatkan tentang keadaan mereka:
“Dan kalian akan dapati sejelek-jelek manusia adalah yang bermuka-dua, iaitu dia mendatangi suatu kaum dengan satu wajah dan mendatangi kaum yang lain dengan wajah yang lain pula.” (Muttafaqun ‘alaihi)
SYI’AH DAN TAQIYYAH
Seseorang belumlah dikatakan mengenal hakikat Syi’ah Rafidhah dengan sebenar-benarnya bila belum mengetahui hakikat taqiyyah disisi mereka. Padahal dengan taqiyyah inilah, mereka berhasil mengelabui sekian banyak kaum muslimin. Sehingga janganlah kita tercengang kalau mendengar atau membaca sedemikian ragam tanggapan positif sebahagian kaum muslimin terhadap mereka seperti:
Para penganut Syi’ah Rafidhah merupakan
bahagian dari kaum muslimin, Negara Iran yang resmi berasaskan aqidah
Syi’ah Ja’fariyah (bahagian dari sekte Syi’ah Rafidhah) adalah negara
Islam, Khomeini merupakan tokoh revolusi Islam Iran, gagasan untuk
diadakan taqrib (persatuan pandangan) antara Syi’ah dan Sunni (Ahlus
Sunnah), anggapan bahawa aqidah Syi’ah Rafidhah yang menyatakan bahawa
para sahabat Nabi salallahu ‘alaihi wasallam telah kafir, Al Qur’an
telah mengalami perubahan hanyalah sekadar tuduhan Ahlus Sunnah semata.
DEFINISI TAQIYYAH
DEFINISI TAQIYYAH
Taqiyyah menurut etimologi bahasa Arab bermakna: Menyembunyikan dan menjaga. (Lisanul Arab 15/401 dan Al Qamus Al Muhith hal. 1731)
Sedangkan secara terminologi syariat, taqiyyah memiliki erti: Menyembunyikan keimanan kerana tidak mampu menampakkannya ditengah-tengah orang kafir dalam rangka menjaga jiwa, kehormatan dan hartanya dari kejahatan mereka. (Disarikan dari Atsarut Tasyayyu’ hal 33 – 34)
TAQIYYAH MENURUT TINJAUAN SYARIAT ISLAM
Islam sebagai agama yang sempurna dan penuh rahmat telah mengatur hubungan penganutnya dengan orang-orang kafir yang zalim dan menguasai kehidupan keagamaan kaum muslimin. Pada waktu yang sama, Islam juga sangat memperhatikan kelangsungan hidup para pemeluknya.
Dalam rangka mencapai
dua keadaan itu, Islam memberikan salah satu solusi kepada umatnya
berupa taqiyyah berdasarkan bimbingan dalil-dalil syar’i. Di dalam
dalil–dalil tersebut terdapat kriteria-kriteria yang membolehkan seorang
muslim melakukan taqiyyah. Kriteria-kriteria tersebut adalah:
1. Dia tidak mampu melakukan hijrah syar’i dari negeri orang kafir yang dia tinggal di dalamnya, kerana alasan (uzur) yang syar’i pula. (An Nisaa’: 97-98)
2. Taqiyyah dilakukan dihadapan orang-orang kafir. (Ali Imran: 28)
3. Taqiyyah ditempuh kerana dia benar-benar dalam keadaan dipaksa untuk mengucapkan atau mengerjakan kekufuran. (An Nahl: 106)
4. Bersamaan itu, dia benar-benar merasa ketakutan dari kejahatan orang-orang kafir. (Ali Imran: 28)
5. Walaupun demikian, hatinya tetap tenang dan kukuh diatas keimanan. (An Nahl: 106)
TAQIYYAH MENURUT TINJAUAN SYI’AH RAFIDHAH
Atas dasar riwayat-riwayat batil yang ada pada mereka, maka dapat dipastikan bahawa mereka telah berbuat 3 kesalahan fatal:
A. Definisi Taqiyyah Yang Bertentangan Dengan Definisi Taqiyyah Secara Syar’i
Di dalam Al Kasykul 1/202 karya Yusuf Al Bahrani mengatakan: “ Yang dimaksud dengan taqiyyah adalah menampakkan kesamaan dengan keyakinan agama orang-orang yang menyelisihi mereka kerana adanya rasa takut.”
#Al Kulaini meriwayatkan-dengan dusta- dari Abu Ja’far, beliau berkata: “Berkumpullah dengan mereka (orang-orang yang menyelisihi Syi’ah Rafidhah-red) secara zahir namun selisihilah mereka secara batin”.
#Al Khomeini di dalam Kasyful Asrar hal. 147 mendefinisikan makna taqiyyah: “Seseorang yang mengucapkan atau mengamalkan sesuatu, berbeza dengan kenyataan (hatinya) yang membatalkan timbangan-timbangan syariat …”.
Tampak dari ucapan-ucapan mereka bahawa definisi taqiyyah menurut Syi’ah Rafidhah:
1. Tidak membezakan apakah taqiyyah mereka amalkan dihadapan kaum muslimin atau orang-orang kafir. Lalu apa bezanya mereka dengan orang-orang munafik di zaman Rasulullah ?
2. Apa yang mereka sembunyikan bukanlah keimanan namun justeru kekufuran tatkala berkumpul dengan kaum muslimin.
3. Taqiyyah mereka tidak memperhatikan timbangan-timbangan atau kriteria-kriteria syar’i.
B. Kedudukan Dan Keutamaan Taqiyyah Yang Berlebihan Menurut Syi’ah Rafidhah
1. Taqiyyah adalah pokok agama mereka.
#Al Kulaini di dalam Al Kafi 2/174 menukilkan (mendustai atas nama) ucapan Abu Ja’far: “Taqiyyah merupakan agamaku dan agama para pendahuluku. Tidak ada keimanan bagi seseorang yang tidak bertaqiyyah”. Dalam riwayat lain(mendustai atas nama dari Abu Abdillah): “Tidak ada agama bagi seorang yang tidak bertaqiyyah”.
2. Taqiyyah adalah kemuliaan agama seseorang.
#Al Kulaini di dalam Al Kafi 2/176 meriwayatkan (mendustai atas nama) dari Abu Abdillah kepada Sulaiman bin Khalid: “Wahai Sulaiman, sesungguhnya engkau diatas agama yang apabila seseorang menyembunyikannya (bertaqiyyah), maka Allah akan muliakan dia. Barangsiapa menampakkannya maka Allah akan hinakan dia”.
3. Taqiyyah merupakan sebuah ibadah yang paling dicintai Allah
Abu Abdillah mengatakan di dalam Al Kafi 2/219 karya Al Kulaini –dengan dusta- :
“Tidaklah Allah diibadahi dengan suatu amalan yang lebih Dia
cintai daripada Al Khab’u. Aku (periwayat) bertanya: “Apa itu Al Khab’u ?
Beliau menjawab: “Taqiyyah”.
4. Taqiyyah merupakan seutama-utama amalan hamba.
Di dalam Tafsirul Askari hal. 163 dinukilkan (mendustai atas nama) bahwa Ali bin Abi Thalib pernah berkata: “Taqiyyah merupakan salah satu amalan mukmin yang paling utama. Dia menjaga diri dan saudaranya dengan taqiyyah dari orang-orang jahat (kaum muslimin-red).
5. Taqiyyah merupakan semulia-mulia akhlak.
#Dari Al Baqir, dia berkata: “Semulia-mulia akhlak para imam dan orang-orang mulia dari kelompok kami adalah taqiyyah”. (Al Ushul Ashliyah hal. 320 karya Abdullah Syabbar)
6. Hukum taqiyyah setingkat tauhid dan solat wajib
#Al Qummi di dalam Al I’tiqadaat mengatakan: “Taqiyyah hukumnya wajib. Barangsiapa meninggalkannya maka kedudukannya seperti meninggalkan solat wajib.”
Dia meriwayatkan didalam kitab tersebut dari Ali bin Hasan (mendustai atas nama) beliau berkata: “Allah mengampuni seluruh dosa seorang mukmin dan mensucikannya di dunia dan akhirat kecuali 2 dosa: meninggalkan taqiyyah dan meninggalkan hak-hak saudaranya (saudara sesama Syi’ah Rafidhah–red).”
7. Mereka membatasi kewajiban bertaqiyyah sampai munculnya Imam Mahdi
#Al Qummi di dalam Al I’tiqadaat juga mengatakan: “Taqiyyah hukumnya wajib. Tidak boleh menghapus kewajiban itu sampai muculnya Imam Mahdi…”.
C. Munculnya Amalan-Amalan Kemunkaran Sebagai Realisasi Pandangan Sesat Mereka Terhadap Taqiyyah
1. Pengkafiran kaum muslimin yang tidak melakukan taqiyyah ala Syi’ah Rafidhah
#Al Qummi di dalam Al I’tiqadaat ketika menyebutkan tentang kewajiban taqiyyah, mengatakan: “… Barangsiapa meninggalkan (taqiyyah) sebelum munculnya Imam Mahdi maka dia telah keluar dari agama Allah, agama Imamiyyah dan menyelisihi Allah, Rasul serta para imam mereka.”
2. Pembolehan untuk melakukan taqiyyah didalam segala keadaan walaupun dalam keadaan tidak terpaksa
Ath Thusi meriwayatkan (mendustai atas nama) di dalam Al Amaali hal. 229 dari Ash Shadiq, beliau berkata: “Bukanlah dari golongan kami, seseorang yang tidak menjadikan taqiyyah sebagai syiar dan bajunya walaupun ditengah orang-orang yang dia percayai. Hal itu tetap dia lakukan agar selalu menjadi tabiatnya ketika ditengah orang-orang yang mengancamnya.”
3. Ibadah yang diiringi dengan taqiyyah memiliki keutamaan besar
#Ash Shaduq di dalam Man Laa Yahdhuruhul Faqih 1/266 meriwayatkan (mendustai atas nama) dari Abu Abdillah, berkata: “Tidaklah salah seorang di antara kalian menunaikan solat wajib sesuai waktunya lalu solat lagi dengan taqiyyah bersama mereka (kaum muslimin) dalam keadaan berwudlu’ kecuali Allah tulis (keutamaan) baginya sebesar 25 darajat. Oleh kerana itu berharaplah kalian untuk mendapatkannya.”
4. Riwayat-riwayat para imam mereka yang bertolak belakang dengan aqidah mereka dianggap sebagai taqiyyah (diringkas dari Firaqusy Syi’ah hal. 85-87 karya An Naubakhti)
5. Penafsiran yang batil terhadap ayat-ayat Allah? Surat Fushshilat: 34, yang ertinya: “Dan tidaklah sama antara kebaikan dan kejelekan. Balaslah (kejelekan itu) dengan cara yang lebih baik.” Abu Abdillah (mendustai atas nama) berkata: “Kebaikan itu adalah taqiyyah, sedangkan kejelekan itu adalah terang-terangan di dalam beragama.” (Al Kafi 2/173 karya Al Kulaini)
Sedangkan ‘cara yang lebih baik’ itu adalah taqiyyah. (Al Kafi hal. 482 karya Al Kulaini)? Surat Al Hujurat: 13, yang ertinya:
“Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kalian disisi Allah adalah yang paling taqwa.”
Ash Shadiq berkata: “Yaitu orang-orang yang paling mengetahui tentang taqiyyah.” (Al I’tiqadaat karya Al Qummi)
AQIDAH TAQIYYAH MERUPAKAN CIRI KHAS SYI’AH RAFIDHAH
Didalam Al I’tiqadaat karya Al Qummi diriwayatkan (mendustai atas nama) dari Ali bin Husain, beliau berkata: “Kalau seandainya tidak ada taqiyyah maka wali-wali kami tidak akan dikenal di antara musuh-musuh kami.”
AHLI BAIT BERLEPAS DIRI DARI TAQIYYAH
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah di dalam Minhajus Sunnah 2/46 menyebutkan bahawa Allah membersihkan kaum mukminin dari kalangan Ahli Bait dari perbuatan taqiyyah. Bahkan mereka merupakan manusia paling jujur dalam keimanan. Agama mereka adalah ketaqwaan dan bukan taqiyyah.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.