DATO’ Seri Najib Razak masih selamat biarpun prestasi Barisan Nasional (BN) lebih teruk berbanding pilihan raya umum 2008.
Sedangkan selepas pilihan raya umum (PRU) 2008 suara nyaring mahu Dato’ Seri (Tun) Abdullah Ahmad Badawi berundur. Paling vokal suara itu turut diteriakkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Persoalannya sekarang mengapa Najib diselamatkan daripada situasi itu. Mengapa tiada pemimpin Umno yang berani menempelak Najib, sedangkan reputasinya jauh lebih teruk.
Tengok nasib MCA sekarang hanya tinggal enam kerusi Parlimen. Sedangkan pada 5 Mei lalu MCA mencuba nasib di 15 kerusi Parlimen. Gerakan pula tinggal kerusi tunggal di Simpang Renggam.
PPP langsung dibalut kisah sedih berpanjangan sejak 2008.
Sedangkan selepas pilihan raya umum (PRU) 2008 suara nyaring mahu Dato’ Seri (Tun) Abdullah Ahmad Badawi berundur. Paling vokal suara itu turut diteriakkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Persoalannya sekarang mengapa Najib diselamatkan daripada situasi itu. Mengapa tiada pemimpin Umno yang berani menempelak Najib, sedangkan reputasinya jauh lebih teruk.
Tengok nasib MCA sekarang hanya tinggal enam kerusi Parlimen. Sedangkan pada 5 Mei lalu MCA mencuba nasib di 15 kerusi Parlimen. Gerakan pula tinggal kerusi tunggal di Simpang Renggam.
PPP langsung dibalut kisah sedih berpanjangan sejak 2008.
Tiada pengundi sudi yang memenangkan parti dipimpin Dato’ Seri M Kayveas.
Calon tunggal PPP di Kelantan, Dato’ Nik Sapeia Nik Yusoff juga gagal ketika mencuba nasib di Dun Guchil. Biarpun banyak duit ditabur, umpan berzat di mata kail, namun majoriti pengundi di Guchil masih mampu mempertahankan prinsip.
Bagaimanapun tidak semua pengundi Melayu mempunyai prinsip serupa pengundi di Guchil.
Di Parlimen Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang pengundi Melayu dikatakan mudah terumpan dengan 150 akujanji BN.
Semua media tanpa mengira milik kerajaan atau swasta mengulang tayangkan lagu-lagu akujanji BN. Hasilnya pengundi Melayu di kampung-kampung dan kawasan Felda termakan hati.
BN ketika itu mengungkit janji 150 komitmen sekiranya diberi mandat baru.
Tanpa sedar 112 daripada akujanji tersebut sebenarnya agenda kerajaan yang telah dilaksanakan.
Paling melekat di jiwa pengundi Melayu ialah Bantuan Rakyat 1-Malaysia (BR1M). Bantuan wang rakyat sebanyak RM500 ternyata membuat orang Melayu menjadi lali.
Bukan sekadar makcik dan pakcik di kampung, pegawai kerajaan yang bergaji bawah RM3,000 sebulan juga sanggup beratur panjang mendapat baucer mereka.
Ternyatalah BR1M 1.0 dan 2.0 melenakan pengundi Melayu di luar bandar. Mereka menjadi lebih tidak keruan apabila janji BR1M disebut Perdana Menteri mahu dinaikkan kepada RM1,200 bagi setiap keluarga.
Selain itu RM600 (orang bujang). Baucer Buku 1-Malaysia juga dinaikkan RM300 dan Bantuan Persekolah RM150.
Kerajaan BN turut menjanjikan pengurangan harga kereta antara 20-30 peratus.
Selain itu, janji Dasar 1Negara 1Harga untuk barangan keperluan asas dan sejuta rumah mampu milik termasuk 500,000 perumahan PR1MA. Di Sabah dan Sarawak pula dihiasi janji muluk membina Lebuh Raya Pan Borneo.
Seorang guru yang lama bertugas di Sarawak memberitahu jalan raya hanya elok dan sempurna di bandar raya Kuching sahaja. Sedangkan di daerah-daerah lain seolah-olah menggambarkan Malaysia Timur belum merdeka.
Di kawasan pedalaman penduduk terpaksa menggunakan bot dan laluan udara ke pekan.
Suasana serupa juga dapat disaksikan di Sabah.
Perjalanan dari Tawau ke Kota Kinabalu melintasi Banjaran Crocker dan kemuncaknya terhenti di puncak Gunung Kinabalu lebih 10 jam masih menggunakan jalan lama.
Tiada lebuh raya menghubungkan antara bandar tersebut biarpun Sabah kaya dengan balak dan petroleum. Penyertaan Sarawak dan Sabah dalam Persekutuan Malaysia kini berusia 50 tahun.
Peliknya selepas setengah abad berlalu baru sekarang penduduk
di kedua-dua negeri Borneo dimomok lebuh raya Pan Borneo.
Sedangkan sepanjang tempoh itu hanya beberapa tahun sahaja Sabah berada di bawah genggaman PBS (pembangkang), sebelum berlaku agenda membeli wakil rakyat.
Sarawak pula sejak dahulu terus kekal di bawah kerabat BN Sarawak. Seorang bekas pegawai kanan kerajaan membuat kesimpulan mudah, Sabah dan Sarawak didera seperti dilakukan kerajaan BN terhadap Kelantan sejak 1990.
Ternyata rekod dicatat Najib paling buruk dalam sejarah pilihan raya BN. Lebih teruk berbanding pengalaman dilalui Tunku Abdul Rahman pada PRU 1969 dan Abdullah (PRU 2008).
Lebih mengaibkan lagi apabila undi popular diraih Pakatan Rakyat lebih 300,000 undi berbanding diraih BN.
Ketika keadaan begitu gawat dan mendesak itu Najib seperti diselamatkan sang adijagat.
Mungkinkah Dr Mahathir diam membisukan selepas anaknya, Dato’ Muhkriz dilantik sebagai Menteri Besar Kedah. Secara prinsip sepatutnya bekas Perdana Menteri itu lebih garang kerana prestasi BN paling merudum ketika di bawah Najib.
Hari ini ketika semua pihak menghintung 100 hari kerajaan baru sama ada di bawah BN atau Pakatan Rakyat, tidak pula disuakan suara transformasi Najib bagi membincangkan hala tujunya.
Utusan pun nampak lebih lunak dengan Mukhriz apabila cuba memperlihatkan Kedah di bawah BN sekarang. Apa yang Najib laksanakan ketika 100 hari pertama pentadbirannya. Paling dirasakan rakyat apabila harga barangan melambung tinggi.
Harga ayam sehingga RM9 kg di bandar besar. Gas masak sukar didapati di pasaran.
Tambang bas ekspres melambung sehingga 20 peratus.
Apakah ini yang disebut sebagai 100 hari idea Najib selepas diberi lagi mandat memimpin negara.
Sepatutnya ketika rakyat marhaen dihimpit kesusahan BR1M RM1,200 diagihkan sebagai terima kasih pengundi Melayu mengekalkan BN.
Namun BR1M atau apa-apa sahaja bantuan yang pernah muncul ketika kempen PRU lalu, kini dibiarkan bisu tanpa sebarang penjelasan.
Begitu juga dengan saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) yang semakin menjunam tanpa ada pelan tindakan konkrit kerajaan.
Sejak disenaraikan pada 28 Jun 2012 paras harganya semakin merosot. Sekarang peneroka makin ramai yang membeliak mata. Untung seguni yang mereka impikan sebelum ini rupa-rupanya seguni bebanan hutang pula menimpa.
Hari ini pengundi Melayu di luar bandar mulai membuka luas mata akal mereka.
Tawaran Pakatan Rakyat termasuk menghapuskan bayaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), menurunkan harga minyak serta tol mulai bermain semula di benak mereka.
Biarpun Muhyiddin menyergah mengatakan kerajaan tidak boleh turunkan harga minyak kerana subsidi ditanggung RM24 bilion setahun, namun itu bukan rakyat dambakan.
Malah kata TPM lagi, kalau manifesto Pakatan dilaksanakan, ia akan meletakkan negara dengan defisit negara boleh meningkat kepada 11 peratus. Kesimpulan mudah Muhyiddin manifesto Pakatan boleh mengakibatkan Malaysia menuju ke ambang muflis.
Inilah sebenarnya musibah ditanggung rakyat apabila kerajaan ditadbir bukan parti yang mendapat majoriti undi.
Sistem 'first-past-the-post' yang berkiblatkan Westminster ternyatakan menyelamatkan Najib dan BN.
Sebaliknya kalau kaedah perwakilan bernisbah diambil kira parti yang memperolehi jumlah undi terbanyak boleh berada dalam kerajaan. Mana-mana parti boleh mendapat keadilan berdasar jumlah undi yang mereka pungut.
Hairan juga mengapa ketika BN dibantu dari segenap penjuru media dan jentera kerajaan, prestasi Najib terus merudum.
Jawapannya ada pada ahli Majlis Tertinggi Umno, Dato’ Saifuddin Abdullah. Baginya media arus perdana perlu dirombak. Rakyat perlu dibekal ilmu dan maklumat yang membina.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.