Followers

Wednesday, August 21, 2013

Cium pipi, dahi dan kaki ketua lepas 'sembahyang'

 
KETUA KUMPULAN: Pasangan ini, yang menggelarkan diri mereka sebagai "Ayahanda" (kanan) dan "Bonda”, dipercayai menjadi ketua kumpulan ajaran sesat berasal dari sebuah negeri di pantai timur semenanjung Malaysia, yang sedang merekrut ahli baru di Lembah Klang, Selangor. - Foto HARIAN METRO
KUALA LUMPUR: Selepas 'bersembahyang' dalam gua, pengikut cium pipi, dahi dan kaki sebelum bersalaman dengan pasangan ketua yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Ayahanda' dan 'Bonda'.
Itu antara upacara yang dilakukan pengikut sebuah kumpulan ajaran sesat, yang bergaul secara bebas antara lelaki dengan wanita serta menjadikan sebuah gua di salah satu negeri di pantai timur semenanjung Malaysia sebagai markasnya, menurut Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Para pengikut kumpulan ajaran sesat itu juga akan mengucup kedua-dua 'Ayahanda' dan 'Bonda' yang menunggu di sebuah "persada khas" seperti bentuk katil di dalam gua itu sehingga selesai upcara 'sembahyang'.


Pasangan ketua itu melakukan 'sembahyang' dengan hanya melihat pengikutnya berbuat demikian, kata akhbar tabloid Harian Metro, semalam.
Belum dapat dipastikan berapa ramai pengikut kumpulan itu ketika ini, tetapi setiap kali mereka 'bersembahyang' terdapat lebih daripada 10 pengikutnya, menurut akhbar itu lagi.
Mendedahkan perkara itu, penolong pengarah unit Dasar, Penyelewengan dan Doktrinasi Jais, Encik Shaharom Maarop, berkata hasil siasatan pihaknya mendapati pengasas kumpulan ajaran sesat itu berusia dalam lingkungan 60-an tahun.
Dia dikesan aktif menyebarkan ajaran yang dipelopori di negeri asalnya dan negeri lain, malah fahaman karut itu berkait rapat dengan kegemarannya masuk hutan dan berdamping dengan kehidupan liar seperti harimau dan gajah, kata beliau.
Menurut Encik Saharom, antara kesesatan yang terkandung dalam ajaran terbabit ialah bahawa para penganut Islam tidak perlu mendirikan solat dan sebaliknya hanya perlu mengenal diri mereka sebelum dapat mengenal Allah dengan hati yang bersih.
"Lelaki itu membahasakan dirinya Ayahanda, manakala isterinya dipanggil Bonda oleh pengikutnya," kata beliau, yang mengakui telah menerima beberapa aduan mengenai ajaran itu.
Siasatan awal menunjukkan bahawa kumpulan itu sering mengadakan upacara dalam gua berkenaan kerana terdapat patung mumia yang dibalut kain kuning di tempat itu.
Ia juga dipercayai sedang merekrut ahli baru di Lembah Klang, Selangor.
 
Warta Kerajaan

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.