MELAKA: Kira-kira 1000 umat Islam Melaka berhimpun di hadapan Masjid Negeri Al Azim hari ini bagi mengutuk keganasan kerajaan haram tentera membunuh rakyat Mesir.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek dalam ucapannya pada himpunan itu melahirkan kekesalan dan kesedihan di atas kezaliman dan keganasan kerajaan haram Mesir yang membunuh rakyat yang tidak berdosa dan merampas kuasa dari Presiden yang sah iaitu Dr Mohamad Morsi.
"Kita mengutuk pembunuhan terhadap saudara kita rakyat Mesir yang tidak
berdosa yang dilakukan oleh rejim tentera pimpinan Jeneral Al Sisi''Umat
Islam juga menuntut supaya kuasa Presiden Morsi dikembalikan kerana
beliau dilantik secara sah oleh rakyat melalui pilihanraya"ujar
Kamaruddin.
Beliau juga menggesa kerajaan haram Mesir menghentikan pembunuhan, pemusnahan masjid dan harta benda awam.
'Kita juga menggesa pertubuhan negara-negara umat Islam OIC, Liga Arab dan kerajaan-kerajaan negera umat Islam mengambil pendirian tegas terhadap tindakan kejam dan zalim kerajaan haram Mesir.'
'Kita juga menggesa pertubuhan negara-negara umat Islam OIC, Liga Arab dan kerajaan-kerajaan negera umat Islam mengambil pendirian tegas terhadap tindakan kejam dan zalim kerajaan haram Mesir.'
"Sehingga semua kerajaan umat Islam dan pertubuhan-pertubuhan tersebut
diam membisu malah ada yang turut menyokong tindakan kejam kerajaan
haram Mesir"tambah Kamaruddin.
Kamaruddin turut melahirkan kekesalan di atas sikap kerajaan Malaysia
yang tidak menyatakan pendirian terhadap isu ini."Apakah kerajaan
Malaysia takut kepada Yahudi, Amerika dan sekutu-sekutunya sehingga
kerajaan kita takut untuk menyatakan pendirian tegas kita".
'Kita menggesa satu sidang Parlimen tergempar diadakan bagi
membincangkan isu umat Islam Mesir yang semakin parah sekarang"ujar
beliau lagi.Himpunan tersebut dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri
Melaka dengan kerjasama Pertubuhan Ikram negeri Melaka.
Turut berucap pada himpunan tersebut ialah wakil Ikram, Zairi Suboh,
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Musa Mohamed dan
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Jauhar Md Dawi.
~harakahdaily
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.