Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Tehran pada
Ahad untuk mewakili Malaysia pada majlis pelantikan presiden baharu
Iran.
Beliau dijadual menyertai beberapa presiden, perdana menteri dan
timbalan perdana menteri serta speaker parlimen pada majlis pelantikan
imam beraliran sederhana Hassan Rouhani (gambar) sebagai Presiden Iran
yang ketujuh di Bangunan Parlimen di sini lewat hari ini.
Ketibaan beliau yang diiringi isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman dan
beberapa pegawai, disambut Duta Malaysia ke Iran Mohamad Sadik
Kethergany dan pegawai kanan Iran.
Muhyiddin juga dijadual menghadiri majlis berbuka puasa di Saadabad Palace malam ini.
Dengan sokongan kempen yang dilihat menonjolkan "kesederhanaan dan
kebijaksanaan", Rouhani, 64, menang pilihan raya presiden yang
berlangsung pada 14 Jun lepas setelah meraih 50.7 peratus atau 18.6 juta
undi daripada jumlah keseluruhan 36.7 juta undi.
Pesaing terdekatnya Datuk Bandar Tehran Mohammad Baqer Qalibaf pula jauh
ketinggalan apabila sekadar menerima 16.55 peratus undi iaitu jumlah
kedua terbanyak. Calon-calon lain juga tidak mencatat prestasi
memberangsangkan.
Rouhani menggantikan Mahmoud Ahmadinejad yang merekodkan pelbagai dasar bercanggah sepanjang lapan tahun mentadbir.
Pemantau berharap pentadbiran presiden baharu ini akan menghasilkan
penyelesaian diplomatik berhubung isu nuklear yang mencetuskan
ketegangan antara Iran dan Barat selain peningkatan ekonomi negara serta
penyelesaian pelbagai isu sosial yang membelenggu Iran. ~bernama
Addin :
Di Malaysia bagai nak rak Umno hentam puak-puak Syiah ni, tapi hari ini
Muhyiddin telah hadir ke perlantikan presiden baru Iran di Tehran..
cakap tak serupa bikin..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.