Kerajaan
akan merayu kepada Facebook untuk mendapatkan maklumat peribadi 197
pengguna laman sosial itu, kata Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Menurut Menteri Komunikasi dan
Multimedia itu, Facebook berhak menolak permohonan kerajaan malah
pastinya laman media sosial itu mempunyai sebab tersendiri mengapa
mereka menolak permohonan itu.
Katanya, laporan kepada Facebook
bukan sahaja datang dari kerajaan seluruh dunia malah pemilik akaun
individu juga mempunyai masalah dengan kandungan laman sosial
berkenaan.
The Malaysian Insider hari ini
melaporkan Putrajaya meminta maklumat 197 pengguna laman sosial daripada
Facebook namun tiada satu pun daripadanya yang dipenuhi.
Semakan terhadap "Global
Government Requests Report" yang dikeluarkan Facebook semalam mendapati,
selain Malaysia, negara Asia Tengara (Asean) lain yang turut memohon
maklumat pengguna ialah Singapura (117) dengan sejumlah (70 peratus data
diberikan), Filipina (4) (25 peratus), Thailand (5) (0 peratus) dan
Kemboja (1) (0 peratus).
Bagaimanapun, Facebook tidak
mendedahkan dengan lengkap jenis permohonan yang dibuat kerajaan.Negara
tertinggi membuat permohonan adalah Amerika Syarikat dengan sejumlah
20,000 - 21,000 permohonan, dan 79 peratus data diberikan oleh Facebook.
Menurut kenyataan Facebook itu, laporan itu dikeluarkan bagi tempoh enam bulan tahun 2013 yang berakhir pada 30 Jun.
Menurut peguam Facebook, Colin
Stretch dalam kenyataan itu juga berkata, pihaknya menolak permohonan
yang tidak mempunyai asas kukuh."Seperti yang kami maklumkan, kami
percaya bahawa walaupun kerajaan mempunyai tanggungjawab penting untuk
memastikan rakyat selamat, ia adalah mungkin untuk berbuat demikian pada
masa sama menjadi telus.
"Ketelusan kerajaan dan
keselamatan awam bukan idea cita-cita yang saling eksklusif. Setiap
satunya boleh wujud pada masa sama dalam masyarakat yang bebas dan
terbuka, dan mereka membantu menjadikan kita lebih kuat.
"Kami amat menggalakkan semua
kerajaan untuk menjadi lebih telus mengenai usaha mereka yang bertujuan
untuk menjaga keselamatan awam, dan kami akan terus menjadi penyokong
agresif untuk pendedahan lebih besar,” katanya.
~the malaysian insider
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.