Bekas Pesuruhjaya Pas Melaka Us Abdul Ghani Abdul Rahman (foto) kini
terlantar di Hospital Universiti Kebangsaan, (HUKM) Cheras kerana keuzuran. Beliau dimasukkan ke hospital beberapa hari lalu kerana masalah kesihatan yang agak serius.
Abdul Ghani yang jugas bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sekitar tahun 80-an diserang strok serta mengadapi masalah kencing manis yang menyebab buah pinggang tidak berfungsi dan terpaksa melakukan hemodelisis tiga kali seminggu.
Malam semalam beliau telah dibawa balik ke rumahnya di Bandar Tun Razak tetapi hari ini dibawa semula ke HUKM.
Ramai sahabat handainya baik di dalam Abim dan Pas menziarahi beliau pagi ini. Antara yang ditemui di perkarangan HUKM Abdul Ghani Shamsuddin, Wakil Rakyat Tunggal Pas Melaka, seniman Raja Ahmad dan lain-lain.
Sehingga jam 1:00 tengah hari beliau masih lagi ditempat di wad sementara kecemasan kerana sedang menunggu kekosongan katil ward. Diharap semua mereka yang mengenali Us Abdul Ghani berdoa untuk kesejahtraanya. [wm.kl.2:24 pm 03/08/13].
Posted by mso.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.