Followers

Saturday, August 3, 2013

Arab Saudi yang munafik - tokpepijat


Sungguh memualkan dan menjijikkan sehingga kini Pemerintah Tanah Suci Arab Saudi tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tentang pembunuhan lebih 500 rakyat Mesir yang menentang kudeta tentera.

Mengapa Saudi tidak mengambil sikap terus terang Amerika melalui lisan Setiausaha Negaranya John Kerry yang menyokong kudeta sebagai "pemulihan demokrasi" ?

Sikap hipokrit Saudi sungguh ketara. Dalam isu Syria, begitu bersungguh-sungguh menyokong rakyat Syria yang menentang regim Bashar. Saudi menggunakan alasan Syiah, untuk menentang Bashar untuk mengaburi rakyatnya dan umat Islam.

Didakyahkan tentang kekufuran,kesesatan serta kejahatan Syiah tetapi dalam masa yang sama membenarkan puak Syiah masuk mengerjakan haji.Pelik bukan ?

Sebenarnya Saudi menentang Bashar bukan atas dasar Syiahnya Bashar tetapi lebih kepada mengikut telunjuk Amerika.

Sikap munafik Saudi terserlah dengan diam membisu tentang pembunuhan tentera Mesir terhadap rakyatnya sendiri.Bahkan lebih jahat lagi Saudi turut sama menyumbang bantuan kewangan serta merta kepada tentera Mesir sebaik sahaja Presiden Morsi digulingkan.

Sumbangan bernilai bilion dollar itu boleh disifatkan sebaga tanda terima kasih Saudi kepada tentera Mesir.

Kalau dilihat kepada sistem pemerintahan Saudi dan Mesir(era Mubarak dan Sisi) ianya sama sahaja walaupun nama berlainan. Saudi dengan monarkinya manakala Mesir dengan diktatornya. Keduanya kuku besi.

Umum mengetahui hubungan erat regim Mubarak dengan Saudi terjalin begitu lama hinggalah Mubarak digulingkan.Tentunya pemulihan demokrasi Mesir mengancam kehidupan Istana Saudi.

Sebenarnya, yang menjaga kepentingan dan keselamatan Israel di Timur Tengah bukanlah Amerika Syarikat. Amerika sekadar "pemberi arahan". Yang betul-betul "menjaga" Israel adalah Mesir(era Mubarak) dan Saudi.

Kedua negara inilah di beri "amanah" untuk menjaga anak emas Amerika. Kejatuhan Mesir ke tangan Ikhwanul Muslimin bukan sahaja menggugat Israel bahkan Arab Saudi.

Sebab itulah kini Israel dan Arab Saudi "berganding tangan" memberi sokongan dan bantuan kepada Regim Tentera Mesir untuk membunuh umat Islam Mesir!

Jika Syeikh Muhammad Abdul Wahab masih hidup, tentulah beliau melihat inilah "bid'ah dan khurafat" Pemerintahan Arab Saudi yang wajib diperangi! 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.