Beliau juga masih belum membuat keputusan jika akan mempertahankan kedudukannya dalam Majlis Tertinggi Umno.
"Nantilah...saya akan cakap mengenainya apabila tiba waktu yang sesuai. Tengah tengok-tengok dahulu," kata beliau seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.
Laporan itu menyebut, Mohd Ali minggu lalu dikatakan akan bertanding jawatan itu selepas menerima banyak sokongan daripada akar umbi.
Laporan Bernama pada awal bulan ini menyebut Mohd Ali telahpun mengesahkan untuk bertanding, tetapi belum mengesahkan jawatan yang akan direbutnya itu.

Bekas ketua menteri Melaka itu dihalang daripada bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti pada 2009 kerana didapati melanggar peraturan pemilihan Umno.
Setakat ini, tiga penyandang naib presiden – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal – telah mengesahkan akan mempertahankan jawatan mereka.
Sementara itu, Umno Selangor pula menyatakan sokongan padu di belakang Datuk Seri Noh Omar untuk jawatan pengerusi perhubungan negeri, dan timbalannya Datuk Abdul Shukur Idrus.
22 bahagian Umno Selangor menyatakan demikian dalam mesyuarat khas pada Jun lalu, menurut satu lagi laporan Berita Harian hari ini.
Perkara itu dinyatakan Ketua Penerangan Umno Negeri, Datuk Amiruddin Setro.
"Semua ketua bahagaian sudah bincang dan sepakat memilih Noh dan Abdul Shukur, sebelum ia dikemukakan kepada perdana menteri dan dipersetujui," katanya seperti dipetik akhbar itu.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.