Followers

Friday, August 2, 2013

Apadah jadi dengan parti aku ini? Parti Islam SeMalaysia (PAS)!

Sudah-sudahlah kempen fitnah ni! Macam Umno pulak dah perangai!

Nampaknya 'peperangan' antara sebahagian golongan lulusan agamawan dan golongan apa yang dipanggil lulusan Profesional semakin marak! Pelbagai istilah dan dakwaan yang tergantung dan terapung tanpa bukti jelas dan sahih ditabur ke merata tempat terhadap golongan lawan. Perbuatan hina ini nampaknya semakin galak dilakukan tanpa rasa malu dan segan!

Apa ni.. pemimpin itu Islam liberallah, pemimpin itu syiahlah, erdoganlah,jimlah, ABIMlah...! 
Kalau betul dakwaan itu, jangan main sebut-sebut belakang tabir atau dalam kumpulan masing-masing atau kepada ahli-ahli bawahan yang tak perlu tahu hal itu. Kalau betul kemukakan nama mereka yang liberal, syiah dan macam-macam itu, bawa dan dakwa kepada Jawatankuasa Disiplin parti untuk dibicara adil dan kalau benar buang dan pecat mereka! Mereka itu kalau dah dianggap tidak bergunalah lagi kepada PAS, buat apa simpan!

Ini tidak, mereka yang dituduh tidak didakwa kepada badan disiplin parti tapi dihecer merata-rata. Ini perbutan jahat yang tidak islamik langsung, yang tidak sepatutnya dilakukan oleh ahli jemaah PAS!

Nampaknya kalau Mursyidul Am dan Presiden parti membiarkan hal ini, PAS lambat laun akan hilang kawalan dan musuh Islam yang sebenar akan masukkan jarum mereka dan PAS pulak akan menjadi saling tak ubah macam UMNO! Kita dok kata ke Umno macam-macam, perangai kempen kita lebih dahsyat daripada Umno...tuduh musuh politik sejemaah kita tanpa asas, tanpa berani membuat dakwaan rasmi yang jelas!

Aku bukan bersetuju dengan Islam liberal dan syiah tapi bagi aku, mereka yang bawa isu Islam liberallah dan isu syiahlah, yang kabur ini, agaknya rasa diri tu cerdik tapi sebenarnya bodoh, pantang berdepan dengan muktamar ada pertandingan...mula menjadi gila! Dah tercucuk jarum musuh-musuh jemaah dari luar jemaah!

Kalau parti tak boleh terima mereka yang dikatakan Islam liberal dan dituduh syiah itu, pecat mereka dengan segera, selesai masalah! Jangan duduk hecer sana, umpat sini, fitnah situ! 
Buat apa nak menserabutkan ahli-ahli bawahan - ingat kami ahli-ahli cabuk ini tak ada tanggung-jawab kepada parti ke? Weh banyak lagi kerja lain yang nak dibuatlah daripada nak bersibuk dengan cap mengecap, gelar menggelar serta benda-benda macam ni! Nak tarik sokongan orang Melayu Islam pun, PAS masih hura-hara lagi...dan lagi bergelar sesama sendiri!
 
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.