KUALA LUMPUR: Atau barangkali soalan yang lebih spesifik patut ditanya, apa lagi Perkasa mahu sebenarnya, tulis Shahbudin Husin.
Ini ekoran Perkasa mencadangkan agar kerajaan menarik kerakyatan Namewee yang didakwanya "biadap" dan "kurang ajar" berikutan posting videonya di Youtube yang mengkritik kerajaan kerana bersikap double standard berhubung penangguhan tayangan filem New Village yang sudah ditetapkan tarikhnya oleh Finas.
Berikutan tindakan kerajaan itu, tulisnya lagi, Namewee telah berleter panjang lebar dalam video terbarunya mengenai sikap kerajaan yang didakwanya "double standard" bukan saja dalam isu filem New Village tetapi juga dalam beberapa isu lain berkaitan dirinya yang pernah berhadapan dengan pelbagai karenah ketika berurusan dengan kerajaan.
Menurutnya, Namawee yang sebelum pilihanraya lalu pernah menghina lagu Negaraku tetapi tidak diambil apa-apa tindakan kerana ketakutan Najib akan kehilangan sokongan pengundi Cina, kini menerima nasib yang sebaliknya.
“Hanya kerana mengkritik kerajaan bersikap double standard, kerakyatannya dicadang ditarik balik oleh Perkasa,” tanya beliau..
Baginya, isu yang dibangkitkan oleh Namewee hanyalah sikap "double standard" kerajaan dalam beberapa isu yang dirasakannya tidak wajar.
Katanya, ia lebih berupa kritikan terhadap karenah birokrasi kerajaan, tiada kena-mengena dengan kaum atau agama sepertimana yang menjadi asas perjuangan Perkasa.
“Kenapa berlebih-lebihan membela kerajaan dan seolah-olah mahu suara Perkasa didengari oleh kerajaan?” tanya Shahbudin lagi.
- bm.harakahdaily.net

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.