KUALA LUMPUR 14 OGOS: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
membidas sikap berdiam diri Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah
(EU) berhubung konflik di Mesir yang semakin berlarutan.
“Dengan berdiam diri apabila tentera mengeluarkan kata dua kepada
Presiden Morsi, barat bersubahat.“Kegagalan mengutuk rampasan kuasa
memunculkan perbahasan tentang dasar luar barat yang tidak konsisten
apabila melibatkan negara yang ditadbir pihak yang dipilih secara
demokratik dan berorientasi politik Islam,” tulisnya.
Memetik Keadilan Daily, kritikan tajam itu dilontar dalam satu artikel
yang ditulis Anwar bertajuk The Egyptian coup and the lessons of
Turkey yang disiar laman web Aljazeera.com.
Anwar juga memetik ucapan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan di
Istanbul yang mengutuk rampasan kuasa di Mesir sebagai merosakkan,
tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat, negara dan demokrasi.
Kata Anwar, Erdogan tidak hanya memberi maklum balas spontan tetapi
menjelaskan pengajaran dan sejarah yang diambil Turki dalam konflik yang
berlaku di Mesir.
Kebelakangan ini, katanya, Turki turut berdepan usaha rampasan kuasa
oleh tentera, namun rakyatnya berjuang keras mempertahan demokrasi di
negara itu.
Anwar turut menggesa Barat, khususnya Amerika Syarikat mengambil
tindakan bagi mengembalikan demokrasi dan hak asasi manusia, serta bukan
menyokong rampasan kuasa di Mesir.
“Mereka mesti menuntut pembebasan serta-merta Presiden Morsi dan penyokongnya.
Presiden Morsi perlu dikembalikan semula ke pejabat yang sah dan mesti
segera memulakan dialog merangkumi semua pihak,” katanya. ~selangorku
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.