Followers

Thursday, August 15, 2013

Ada Agenda Wujudkan Ketakutan Bukan Islam ?

Seorang pemimpin PAS mengecam perbuatan menerbitkan dan mensensasikan isu-isu agama sehingga mengganggu sensitiviti rakyat Malaysia terutama selepas pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata, perkembangan itu tidak baik untuk rakyat Malaysia dan Islam secara keseluruhannya.

Menurutnya, trend selepas pilihan raya umum itu menunjukkan, 51 peratus pengundi yang kebanyakannya bukan Melayu dan bukan Islam beralih menyokong Pakatan Rakyat.

Mujahid berkata lagi, "kes-kes terpencil" seperti surau di Johor yang digunakan oleh sekumpulan penganut Buddha dari Singapura dan jurulatih anjing Maznah Mohd Yusof yang ditahan kerana menghina Islam sepatutnya boleh diselesaikan di kalangan mereka yang terlibat, bukannya polis.

Mujahid yang juga merupakan Pengerusi Dialog Antara Agama Untuk Keamanan Asia Tenggara itu berkata lagi, apabila seseorang yang beragama Islam melakukan suatu perkara buruk, ia tidak mewakili keseluruhan masyarakat itu dan begitu juga dengan yang bukan Islam.

"Terdapat satu agenda untuk mewujudkan ketakutan dan kebencian di kalangan bukan Islam dan bukan Melayu.

"Ia bukan secara langsung tetapi terdapat gambaran bahawa keadaan boleh menjadi lebih buruk kepada masyarakat antara agama dan berbilang kaum ini jika mereka terus menyokong Pakatan," kata Mujahid selepas melancarkan Festival Etnik Rawo Pulau Pinang di Pulau Pinang hari ini. 
-MKChandra Lawan Tetap Lawan

-MK

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.