7 AZAB YANG DILIHAT PENGGALI KUBUR ...
Terdapat seorang pemuda yang kerjanya adalah menggali kubur dan mencuri
kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa
dengan seorang alim/ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan
keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t.
Dia berkata,
“Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah
melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku
merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin
sekali bertaubat.
1) Yang pertama, aku lihat mayat yang pada
siang harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula
kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan
kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” tanya pemuda itu.
Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah
s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan
memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka
daripada golongan muslim yang lain,” jawab ahli ibadah tersebut.
2) Sambung pemuda itu lagi, “Golongan yang kedua, aku lihat wajah
mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad.Tatkala
malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka
telahpun bertukar menjadi ****. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?.
Jawab ahli ibadah tersebut, “Wahai anak muda, mereka itulah golongan
yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya
solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat,
maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain.
3) Pemuda itu
menyambung lagi, “Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat,
pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja.Pabila aku
menggali kuburnya pada waktu malam,ku lihat perutnya terlalu gelembung,
keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.
Jawab ahli ibadah tersebut “Mereka itulah golongan yang gemar memakan
harta yang haram, wahai anak muda,” balas ahli ibadah itu lagi.
4) Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu
bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?.
Jawab ahli ibadah itu, “Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang
derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah
s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu
bapanya.
5) Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang,
hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh
badannya,” sambung pemuda itu.
Anak muda, mereka itulah
golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka
memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari.
Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak
bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat
baginda,” jelas ahli ibadah tersebut.
6) Wahai guru, golongan
yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang.
Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat
tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk
baunya,
”Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya,” jawab ahli ibadah tadi.
7) Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa
tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai
tuan guru?” tanya pemuda itu lagi.
Jawab ahli ibadah tersebut,
“Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka
beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang
beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu
hayatnya mahupun sesudah matinya.” Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah
s.w.t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan di
pertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta walaupun
amalan sebesar zarah.
Astaghfirullahal'adzim,,,,,,Semoga Kita Semua termasuk di Golongan yang ke- 7Aamiin ya Allah,,,
Setelah anda membaca kisah ini. Sampaikan atau Bagikan kepada sahabat
dan rakan-rakan anda. Mudah-mudahan amalan baik yang sedikit ini
diperhitungkan oleh Allah Taala di Akhirat kelak. Aamii.Muhammad Hakimi
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.