Followers

Monday, July 8, 2013

Zahid baru tersedar dia dah 'ter'belasah Najib Rosmah?

Photo: Monday, July 08, 2013.

Zahid baru tersedar dia dah 'ter'belasah Najib Rosmah?

Aku cukup yakin dalam akta baru tu tetap akan ada seksyen yang akan bagi ruang untuk pemimpin Umno BN gunakan untuk selamatkan kuasa depa, supaya depa akhirnya akan terus kekal berkuasa.

Sinarharian pada 2 Julai melaporkan:

    Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini telah mengusulkan Rang Undang-Undang Ahli Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Hasutan (Pemansuhan) 2013 bagi menggantikan Akta Hasutan 1948.

    Beliau berbuat demikian kerana mendakwa, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak gagal melaksanakan janji untuk memansuhkan akta tersebut, setahun lalu.

    "Langkah ini diharap dapat menamatkan era penyalahgunaan Akta Hasutan 1948 menerusi pemansuhannya sekaligus dapat melaksanakan reformasi tulen demi Malaysia yang lebih baik. - Sinar. 

YllixMedia Network. Iklan network untuk semua blogger. Guaranteed
Homestay Tempayan Hijau Penginapan budget di Parit Buntar

Zahid Hamidi yang sekarang ni Menteri Dalam Negeri yang Akta Hasutan tu duduk bawah dia rasa tercabar kut dengan usul Rang Undang-undang Persendirian yang Nurul Izzah buat tu.

mStar melaporkan:

    Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyelar sikap sesetengah pihak yang mendesak supaya Akta Hasutan 1948 dimansuhkan tanpa memikirkan impak negatifnya.

    Beliau menarik perhatian bahawa atas desakan pihak tertentu sebelum ini, kerajaan telah memansuhkan Ordinan Darurat 1969 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

    "Sekarang mereka bagaimanapun (desak) nak mansuhkan Akta Hasutan juga...saya tidak fikir ada perlunya, sebab apa lagi yang kita tinggal (ada) untuk melindungi rakyat dan ketenteraman negara," katanya. - mStar. 

Aku tak pasti samada dia tak perasan atau dia tergolong dalam jenis melayu yang Dr. Mahathir kata 'melayu mudah lupa', dia mungkin tak sedar dia sebenarnya secara tak langsung membelasah Najib Rosmah.

Mungkin kut dia tiba-tiba tersedar dan keluarkan kenyataan macam yang dilaporkan TheMalaysianInsider:

    Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengekalkan pendiriannya mengenai Akta Hasutan, mengatakan akta itu tidak akan dimansuhkan.

    Menurut Ahmad Zahid, beliau tidak merasakan pendiriannya itu bercanggah dengan pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan mengatakan Kabinet juga tidak bersetuju ianya digantikan dengan akta baru akan tetapi bersetuju ianya perlu dikaji semula. - TMI. 

Malangnya alasan Zahid tu dibantah oleh Nazri Aziz Menteri Pelancongan dan Kebudayaan macam yang dilaporkan mStar

    Nazri yang merupakan ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, beliau telah dimaklumkan bahawa Peguam Negara sedang melihat untuk pemansuhan Akta berkenaan.

    "Kami komited untuk meneliti pemansuhan itu.

    "Bagaimanapun, ia adalah penting bahawa apabila kita memansuhkannya, kita masih memerlukan satu Akta yang boleh menjaga keharmonian dan perpaduan di antara rakyat Malaysia daripada kumpulan etnik yang berbeza," - mStar. 

Pada 11 Julai tahun lepas Bharian melaporkan:

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan dan digantikan dengan akta baharu yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.

    Beliau berkata, keputusan itu dibuat bagi mencari mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik antara keperluan menjamim kebebasan bersuara setiap warga negara dan keperluan menangani kompleksiti kemajmukan yang wujud di negara ini.

    "Dengan adanya akta baharu ini, kita akan lebih bersedia untuk menguruskan tahap kesilapan negara. Ia juga akan membantu mengukuhkan dan melindungi perpaduan negara serta memupuk keharmonian agama," katanya pada majlis makan malam Jabatan Peguam Negara bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini malam ini. - Bharian. 

Dari hari tu lagi aku tak berapa yakin yang Akta Hasutan tu akan dihapuskan, sekurang-kurang tidak sebelum Umno BN menang dalam PRU13. Pasainya Akta Hasutan tu memang berguna untuk pastikan Umno BN kekal berkuasa.

    Pada aku cadangan ni tak lebih dari sekadar usaha Najib untuk pakai mekap bagi tebal nak tutup semua kedut-kedut dan parut di muka umno BN. Nak bagi nampak lebih muda dan menawan. - Ibid. 

Najib Rosmah macam biasa buat-buat tak dengar, buat-buat pekak badak, sampai sekarang ni langsung tak ulas pasai janji capati dia tu.

Apa pun, aku yakin takdak beza sangat pun kalau Akta hasutan tu dimansuhkan dan diganti dengan Akta Keharmonian Nasional atau apa nama sekali pun. Pasainya aku yakin dalam akta baru tu tetap akan ada seksyen yang akan bagi ruang untuk pemimpin Umno BN gunakan untuk selamatkan kuasa depa, supaya depa akhirnya akan terus berkuasa.

Cuma kuasa rakyat yang cukup kuat semacam 'Arab Spring' saja kut yang mampu untuk tumbangkan Umno BN yang aku tak rasa agak mustahil boleh berlaku dalam masa terdekat ni.

Kalau nak harapkan proses demokrasi pilihanraya macam yang diamalkan sekarang ni mungkin sampai kiamat kut Umno BN akan terus berkuasa.

Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2013/07/pertahan-akta-hasutan-zahid-belasah-najib.html#ixzz2YPSV5irJ Aku cukup yakin dalam akta baru tu tetap akan ada seksyen yang akan bagi ruang untuk pemimpin Umno BN gunakan untuk selamatkan kuasa depa, supaya depa akhirnya akan terus kekal berkuasa.

Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2013/07/pertahan-akta-hasutan-zahid-belasah-najib.html#ixzz2YPSV5irJ
 
No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.