PKR bantah lantikan Shafee sebagai pendakwa raya
Pelantikan Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah sebagai pendakwa raya dalam kes rayuan liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim bertentangan dengan prinsip guaman, kata Presiden PKR, N Surendran.“Bagaimana Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail boleh melantik Shafee yang ada kaitan dengan Umno sebagai pendakwa raya?” katanya pada kenyataan media, hari ini.
Beliau berkata, etika perundangan menyatakan pendakwa raya mesti ‘menganggap diri mereka sebagai menteri keadilan dan bukan tergesa-gesa dalam pendakwaan dan perlu menjalankan kes dengan penuh kesederhanaan’.
“Bagaimana orang ramai boleh mempercayai pendakwaan dibuat secara adil apabila ketua pendakwa raya, Shafee pernah mewakili Najib, Rosmah dan pemimpin atasan Umno lain?
“Dengan pelantikan itu, Abdul Gani terbukti tidak berlaku adil terhadap Anwar dan pemimpin Pakatan," kata Ahli Parlimen Padang Serai itu.
Beliau juga meminta Najib memberi penjelasan segera mengapa peguam peribadinya dilantik sebagai pendakwa raya terhadap Anwar, seteru politiknya. - 22 Julai, 2013.
Malaysia Insider
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.