Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata gerak kerja kempen itu dimulakan jentera Pemuda dan Puteri negeri ini sejak hari penamaan calon PRK itu Jumaat lalu.
"Memang tumpuan kita (Umno Kelantan) selain memberi tumpuan kepada pengundi dewasa tetapi yang lebih penting adalah pengundi muda yang merupakan sebahagian besar pengundi di Kuala Besut.
PRK DUN Kuala Besut pada 24 Julai ini menyaksikan calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, seorang jurutera menentang calon PAS, Endot@Azlan Jusoh, 48, seorang ahli perniagaan.
PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu. Kuala Besut mempunyai 17,683 pengundi.
Mengenai persiapan untuk Pilihan Raya Umum Ke-14, Mustapa berkata Umno Kelantan dalam persiapan melahirkan pemimpin pelapis daripada golongan ulama.
"Kita mahu ketengahkan banyak calon ulama dan saya mahu mereka diberi tempat selayaknya dalam bahagian untuk menabur bakti," katanya.
Untuk itu, katanya, Umno Kelantan akan mengenal pasti golongan berkenaan yang boleh diketengahkan sebagai pemimpin pelapis dan perlu terlibat dalam setiap program parti di peringkat bahagian. Bernama, 14 Julai.
Malaysia Insider.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.