Beliau berkata, kejadian berpunca apabila 200 penyokong parti yang
berkumpul depan pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu,
Kuala Besut.
Kata Wan Ahmad, kumpulan itu menahan kereta dinaikinya dan merempuh
masuk perkarangan sekolah ketika konvoi membawa anggota penasihat dan
petugas SPR memasuki kawasan itu.
Katanya, ia berlaku kerana kereta yang dinaikinya dan empat lagi kereta
ada logo kerajaan Terengganu, menyebabkan mereka beranggapan ada
pemimpin parti lawan mencampuri urusan pengundian.
"Mereka merempuh masuk dan mahu mengambil alih kawasan itu.
Alhamdulillah, saya membuat keputusan segera meninggalkan pusat
pengundian bersama-sama kumpulan konvoi.
"Penyokong juga tidak menghiraukan teguran beberapa pemimpin mereka yang
meminta semua bertenang dan cuba memaklumkan bahawa orang yang datang
itu adalah kumpulan SPR," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Dewan Majlis Daerah Besut di Jertih, malam tadi.
Wan Ahmad tidak dapat menjangka apa akan berlaku terhadap dirinya dan
kereta yang digunakan jika tidak meninggalkan pusat pengundian dalam
masa cepat.
Katanya, ia pertama kali beliau berhadapan insiden sedemikian sepanjang
berkhidmat dengan suruhanjaya itu dan keadaan bertambah cemas apabila
usaha 10 anggota polis untuk melindunginya tidak dihirau.
"Tapi saya berterima kasih pada dua, tiga pemimpin parti itu yang
membuat keputusan mengerumuni saya untuk ke kereta sebelum polis membuka
laluan untuk membolehkan kereta keluar.
"Yang paling tidak sedap ialah ada penyokong yang mengeluarkan kata-kata
kesat dan tidak mendengar nasihat pemimpin mereka supaya bersabar,"
katanya.
Beliau menyifatkan kejadian itu mencemari proses pengundian yang sebelum
ini disifatkannya sebagai Pilihan Raya Kecil (PRK) paling tenang dan
boleh dijadikan contoh.
Katanya, ia tidak patut berlaku bukan sahaja pada kereta yang dinaiki
petugas SPR, tetapi juga mana-mana kenderaan yang melalui pusat
pengundian.
Ditanya sama ada beliau berhasrat untuk mengambil tindakan terhadap penyokong parti terbabitt, Wan Ahmad berkata:
"Ini bukan masa untuk menilai mahu mengambil keputusan atau tidak kerana yang penting saya selamat." ~the malaysian insider
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.