Mahkamah Pilihan Raya Kuala Lumpur memutuskan bahawa Naib
Presiden PKR, Tian Chua telah dipilih dengan sewajarnya dalam pilihan
raya umum pada 5 Mei lalu.
Ketika membatalkan petisyen yang difailkan oleh Setiausaha Agung Pemuda Gerakan, Dominic Lau, Hakim Datuk Zabariah Mohd Yusof memutuskan bahawa petisyen BN itu cacat.
"Mahkamah membenarkan bantahan awal yang dibangkitkan oleh responden pertama," katanya.
Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh, yang mewakili Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), tidak memohon untuk kos terhadap BN.
Terdahulu, Hakim Zabariah memutuskan bahawa kerusi Parlimen Titiwangsa kekal di tangan BN selepas beliau membenarkan bantahan awal yang dibangkitkan oleh BN.
Berikutan itu, peguam kanan persekutuan itu memohon untuk kos sebanyak RM50,000 daripada calon PAS, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzami.
- Malaysiakini

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.