Followers

Tuesday, July 23, 2013

Tarif Elektrik Naik Rakyat Terbeban, Kroni Terus Raih Untung

ICi Pecah Kepala's photo.SHAH ALAM, 20 JULAI : Hasrat Tenaga Nasional Berhad (TNB) membuat semakan naik terhadap tarif elektrik di negara ini disifatkan bukan sesuatu yang pelik, sebaliknya sudah dijangka sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lagi, kata Naib Presiden PKR, Tian Chua.

Tian Chua ketika dihubungi TV Selangor mendakwa, antara punca berlakunya kenaikan tarif elektrik saban tahun adalah disebabkan oleh perjanjian antara ‘syarikat kroni’ atau Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) bersama TNB sehingga menjadikan syarikat utiliti kuasa negara itu dibebani dengan kos yang terlalu tinggi.

Ekoran perjanjian itu katanya, syarikat kroni berkenaan mengaut untung yang besar di mana akhirnya TNB terpaksa menggunakan alasan mengalihkan bebanan kos yang tinggi itu kepada pengguna.

“Syarikat kroni ini menerima subsidi daripada Kerajaan Pusat dan akhirnya meraih keuntungan yang besar, namun menyebabkan TNB terbeban dengan kenaikan kos yang tinggi dan mengalihkannya kepada pengguna.

“Kerajaan membuat sususan begitu apabila memberi kuasa kepada IPP yang mana berbalik kepada TNB dan kembali kepada rakyat.

“Ini adalah sistem kroni yang diamalkan Umno-BN sejak dahulu lagi,” katanya ketika mengulas kenyataan Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie bahawa pihaknya berkemungkinan akan membuat semakan semula ke atas tarif elektrik ekoran hasrat Kerajaan Pusat untuk mengurangkan subsidi bagi tenaga elektrik.

Moggie berkata, kerajaan telah memberikan subsidi tarif yang besar sekarang khususnya bagi gas.
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.