Kerajaan
minoriti sokongan rakyat, kerajaan 1Malaysia adalah kerajaan Najib.
Kerajaan yang ada ramai dakwa adalah kerajaan yang 'gagal'. Rakyat yang
dijanjikan dengan Janji Ditepati terus menerus ditipu dan tertipu. Cara
dan masa tertipu rakyat adalah berbeda-beda masa dan tempatnya.
Kini,
kehidupan rakyat 'terbeban' dengan beban hutang puitang yang sedia ada.
Terbeban dengan harga rumah dan pemilikan rumah rakyat yang meruncing,
terbaru dibebankan lagi dengan bakal kenaikan kadar tarif elektrik yang
baru dalam masa terdekat.
Justeru, apa lagi yang rakyat tunggukan, maka terima lah sahaja dan 'bersabarlah' dengan bebanan itu ?
Kerajaan Masih Belum Putuskan Kajian Semula Tarif Elektrik
KUALA LUMPUR: Kerajaan masih belum memutuskan tentang kajian semula tarif elektrik.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Johnity
Ongkili berkata terdapat keperluan untuk melihat pada kos bahan api, gas
dan input-input lain, yang semakin meningkat.
"Terdapat juga keperluan untuk melihat bagaimana Tenaga Nasional dan
Petronas boleh menyerap kenaikan itu," katanya pada taklimat media di
sini, Khamis.
Beliau berkata, sepatutnya ada satu mekanisme bagi kenaikan harga bahan
api, bukan hanya apabila satu-satu pihak perlu menanggung kos, tidak
kira sama ada ia kerajaan, syarikat utiliti atau pengguna.
Mengenai isu air di Selangor, Ongkili berkata apa yang ada dari negeri
itu tidak mencukupi bagi kegunaannya sendiri, serta dari Wilayah
Persekutuan dan Putrajaya.
Ongkili berkata perlu ada kerjasama dengan kerajaan negeri Selangor bagi menyelesaikan isu itu. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.