Followers

Monday, July 1, 2013

PRK Kuala Besut - Ahmad Maslan Tunjuk Bodoh Lagi..

BESUT - Sebarang keputusan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut tidak akan membawa kepada perubahan pimpinan kerajaan negeri Terengganu yang kini diterajui Barisan Nasional kata Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata biarpun kedudukan akan menjadi 16-16 seandainya kemenangan menyebelahi pembangkang namun undi pemutus Speaker DUN, yang kini disandang Mohd Zubir Embong, bakal merubah kedudukan menjadi 17-16 membolehkan BN terus berkuasa di negeri itu.


Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) 5 Mei lalu, BN Terengganu memenangi 17 kerusi DUN manakala pembangkang meraih 15 kerusi DUN untuk BN membentuk kerajaan negeri yang diketuai Datuk Seri Ahmad Said sebelum berlaku kekosongan kerusi di DUN itu berikutan kematian wakil rakyatnya Dr A Rahman Mokhtar, Selasa lalu.

Bagaimanapun, Ahmad berkata keputusan ini amat penting bagi BN untuk menjamin kestabilan politik di Terengganu dan berharap keadaan akan menjadi lebih stabil dalam negeri Terengganu.B eliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat veteran UMNO Besut iaitu bekas ketua wanita UMNO cawangan Kampung Tok Saboh, Wan Mek Wan Embong, 93 yang kini uzur dekat sini, Ahad.

Sementara itu, beliau berkata BN sedia hadapi pilihanraya itu dan tidak menolak kemungkinan ia akan diadakan di bulan Ramadan. Katanya, pelbagai kaedah tertentu akan digunakan untuk berkempen bersesuaian bulan mulia itu.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.