Followers

Tuesday, July 23, 2013

Pengguna Keliru "Perubahan Trafik" Di Bandar Kuantan

Photo: Pengguna Keliru "Perubahan Trafik" Di Bandar Kuantan

KUANTAN - Pelbagai reaksi orang ramai diterima pada hari pertama percubaan perubahan aliran trafik babitkan beberapa jalan utama di bandar ini yang dijadikan jalan sehala bermula semalam. 

Jalan yang terlibat adalah Jalan Penjara, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Tun Ismail, Jalan Beserah, Jalan Teluk Sisek dan Jalan Besar. 

Tinjauan  mendapati, ramai pengguna jalan raya yang keliru dengan perubahan aliran trafik berkenaan. 

Seorang pengguna jalan raya, Riduan Mazlan, 37, berkata, dia bersetuju dengan alternatif yang diambil Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di bandar Kuantan. 

Bagaimanapun katanya, pihak berwajib perlu kaji dan mengenal pasti laluan terbaik serta penuhi prasarana supaya tidak menyusahkan pengguna jalan raya. 

“Mungkin hari pertama, ramai yang tidak peka dan keliru dengan perubahan aliran trafik yang dilaksanakan. 

“Saya harap MPK akan menambah lebih banyak papan tanda sebagai panduan kepada orang ramai,” katanya. Pemandu teksi yang dikenali sebagai Pak Hassan, 63, berkata, dia turut menerima rungutan daripada penumpang mengenai perubahan aliran trafik. 

Menurutnya, laluan sehala yang dibuat menyebabkan perjalanan lebih jauh, namun ia masih di peringkat percubaan. 

“Kelam kabut sebab hari pertama, mungkin selepas ini keadaan akan kembali normal apabila orang ramai mula faham aliran trafik yang baru ini,” katanya. 

Ketua Bahagian Perhubungan Awam dan Kemasyarakatan MPK, Haslinda Hassan berkata, MPK akan teliti kesesuaian laluan yang perlu diubah dalam tempoh percubaan bermula semalam hingga 21 Oktober. 

Katanya, MPK juga akan memasang lebih banyak papan tanda supaya mudahkan pengguna.

“Selain itu, terdapat 50 kakitangan MPK  ditugaskan 24 jam untuk pastikan keadaan berjalan lancar,” katanya. #sumber

PAHANG DAILY ONLINE.
 
No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.