Followers

Wednesday, July 31, 2013

PANAS: Taktik LAPOK nak TIPU makcik Felda dikesan [Tengokla APA DIA...]

 
(Diesel habis di stesen minyak di lebuhraya Kesas - gambar Syamsuddin Ghazali)

Kehabisan diesel berlaku di mana-mana

KUALA LUMPUR: Fenomena kehabisan bekalan diesel di stesen-stesen minyak rupanya berlaku di merata tempat di seluruh negara.

Ia berlaku sejak Sabtu lepas lagi apabila ia dikesan oleh pembaca Harakahdaily.

Malam tadi, Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard menggesa pihak bertanggungjawab agar segera tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku, serta menyediakan pelan terbaik untuk selesaikan krisis ini.

Seorang pembaca Harakahdaily, Syamsuddin Ghazali pula melaporkan, pada Sabtu 27 Julai, beliau telah melalui lebuhraya Kesas pada sebelah malam dari Subang ke Klang.
Sepanjang laluan ada 4 atau 5 stesyen minyak yang beliau singgah semuanya kehabisan diesel.

"Keesokan pagi masalah yang sama masih berlaku dan saya terpaksa melalui laluan biasa untuk mendapatkan bekalan diesel," tulis pembaca berkenaan kepada Harakahdaily.
Di petrol stesen sekitar Jalan Pahang Barat juga menaikkan tanda 'Harap maaf, diesel habis'.
Mereka mendakwa, bekalan diesel telah dihabis di pam mereka sejak Jumaat 26 Julai lagi.

Sehubungan itu, semua pihak meminta pihak kerajaan memberikan penjelasan segera mengenai masalah ini.

ADMIN:
 
Selepas rakyat TERJAGA dari lena, masa tu harga diesel dah pun melambung naik. Barangan keperluan asas yang bergerak mencari pelanggan terpaksa menggunakan lori diesel dan secara tak langsung terpukul sama. Ini puncanya kenapa barangan keperluan tadi perlu dinaikkan harga untuk menampung kos pengangkutan yang naik kerana diesel sengaja dikurangkan di stesen-stesen minyak.

Terima kasih para pengundi Be End... hehe...

Adakah diesel habis dirancang untuk naik harga?
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta kerajaan menyelesaikan segera krisis bekalan minyak diesel di beberapa negeri berikutan banyak aduan daripada pengguna jalan raya bahawa bekalan minyak diesel habis di stesen-stesen minyak. 
“Keadaan ini sudah berlarutan beberapa hari lamanya dan ia menimbulkan kekalutan bagi pengguna jalan raya, khususnya pemandu-pemandu lori,” ujar Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al Hiss dalam satu kenyataan. 
Lebih dari itu, ujarnya krisis bekalan minyak diesel bukan hanya berlaku di Semenanjung, malah ia juga berlaku di Sabah dan Sarawak. 
Jika ini berlarutan, kata beliau ia boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi ketika negara berada di ambang sambutan Hari Raya Aidilfitri beberapa hari lagi. 
Katanya, apa yang dibimbangkan adalah harga-harga barang terutama makanan akan meningkat mendadak atas faktor tersebut.
“DPPM merasa kesal kerana kerajaan khususnya daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan tidak menyelesaikan permasalahan ini dengan segera,” katanya. 
Sehingga hari ini, katanya tiada kenyataan rasmi dibuat ataupun tindakan diambil bagi memastikan masalah itu diselesaikan. 
“Apakah kerajaan tidak prihatin dengan penderitaan dan kesusahan rakyat berhadapan dengan kemelut ini?” tanya beliau. 
Justeru, beliau mempersoalkan di mana slogan ‘rakyat didahulukan’ apabila kerajaan masih diam membisu membiarkan kekalutan ini berlaku di banyak tempat?
Katanya, apa yang diketahui krisis diesel tidak meruncing di peringkat antarabangsa, justeru sepatutnya ia tidak menjadi suatu masalah kepada negara membekalkannya mengikut keperluan pasaran semasa. 
“Apakah krisis ini dicipta dengan usaha terancang bagi memberi laluan agar harga diesel dinaikkan terutama di musim-musim perayaan seperti ini? 
“Mungkinkah harga diesel akan dinaikkan dalam masa terdekat?” tanya beliau lagi.
Justeru, kata beliau DPPM mendesak suatu penjelasan diberikan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berhubung isu ini. 
Katanya lagi, kerajaan perlu proaktif dengan melihat senario yang berlaku, dan sebelum krisis ini menjadi parah, seharusnya kerajaan bertindak cepat bagi menyelesaikannya. 
“DPPM sendiri akan menjadi pemantau dalam isu ini bagi memastikan kerajaan benar-benar serius mengambil tindakan bagi menyelesaikan kekurangan diesel dalam masa segera,” katanya. 
Dengan mandat baharu melalui PRU ke 13 daripada rakyat, ujar beliau inilah masanya kerajaan berkorban dan berbakti kepada rakyat sebagai tanda terima kasih atas sokongan yang diberikan. 
Menurutnya, hanya kerajaan yang amanah, prihatin, cekap mampu menyelesaikan permasalahan rakyat dengan tangkas
Rakyat juga, ujar beliau tidak mahu menerima alasan harga diesel dinaikkan walau apa keadaan sekalipun.

~ Harakah


Shalehudin.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.