Followers

Thursday, July 25, 2013

NFCorp Mendahului Menteri Kewangan, Umum Syarikat KASB Tanggung Hutang RM250 Juta - Posted by Addin Deen

Syarikat usahasama Malaysian-Japanese, Kirimitonas Agro Sdn Bhd (KASB) bersetuju mengambil alih pinjaman RM250 juta projek penternakan lembu, kata National Feedlot Corporation (NFCorp).

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, berkata syarikat itu bersetuju dengan terma itu walaupun Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pernah menyatakan tiada keputusan berhubung hal itu dua minggu lalu

“KASB setuju membuat membayar semula pinjaman kerajaan itu secara penuh," katanya pada sidang media di Restoran Meatworks yang dikendalikan ahli keluarganya di Kuala Lumpur, hari ini.

KASB ialah usahasama secara 60:40 antara Otoshitos Sdn Bhd dan Hannan Food Company dari Jepun, antara sebuah syarikat penternakan lembu terkenal di negara itu.

Salleh kini berdepan pertuduhan jenayah pecah amanah RM47.3 juta kerana menyalah guna dana NFC untuk membeli kondomunium mewah dan lot tanah.

Skandal itu terbongkar berikutan Laporan Ketua Audit Negara mendapati projek berkenaan jauh dari memuaskan manakala saksi pula mendedahkan dana itu disalah guna untuk membeli hartanah.

Pada 9 Julai lalu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menyatakan KASB tidak mengambil alih hutang RM250 juta dan kerajaan rugi RM163 juta jika perjanjian itu diteruskan.
 
 
Hari ini, Rafizi berkata, NFC bukan dalam posisi untuk terbabit dalam perjanjian kerana ia bersifat projek kerajaan.

“Pinjaman didahulu kerajaan, tanah di Gemas yang menempatkan projek berkenaan milik kerajaan. Jadi sepatutnya kerajaanlah yang buat keputusan

"Dua minggu lalu, saya bertanya kepada Menteri Kewangan II di Parliamen mengenai isu ini dan beliau jawab, kerajaan tidak membuat keputusan terhadap pengambilalihan itu," katanya. ~the malaysian insider

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.