KOTA KINABALU – Perbuatan kejam seorang penganggur menetak dan
melibas leher seorang warga emas sehingga hampir putus berbalas apabila
dia dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini
semalam.
Hakim Azreena Aziz menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Jamal
Kamal, 24, mengaku bersalah melakukan jenayah tersebut dan mengarahkan
hukuman itu berjalan dari tarikh lelaki itu ditahan pada 13 Jun lalu.
Terdahulu, Jamal yang tidak diwakili peguam hanya mengangguk kepala
di kandang tertuduh ketika jurubahasa membacakan pertuduhan ke atasnya.
Dalam kejadian itu, Jamal dengan niat menyebabkan kecederaan yang
boleh membawa maut kepada Laud Adau, 68, di sebuah rumah tidak bernombor
di Kampung Sapok Pelakat, Sipitang pada pukul 11 malam, 12 Jun lalu.
kosmo.com.my/
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.