[AA] KUALA LUMPUR: Kos pengambilan pembantu rumah Indonesia di negara
ini akan dinaikkan kepada RM8,000 berbanding RM4,500 sebelum ini.
Menurut Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, keputusan itu
dibuat setelah mengambilkira kos-kos yang wujud di antara kedua negara
seperti latihan 200 jam, kos dokumen perjalanan serta bayaran kepada
agensi pekerjaan kedua negara.
Ia juga termasuk kos pengangkutan, pemeriksaan kesihatan, serta kos penginapan sebelum diserahkan kepada majikan.
Jelasnya walaupun kadar itu agak tinggi, namun ia telah dikaji terlebih dahulu.
"Ini sudah dikaji oleh semua pihak termasuk Indonesia. Mereka minta
dengan alasan sekiranya hendak mengekalkan kadar yang asal itu tidak
mungkin boleh dibuat.
“Kita pun tak mungkin mudah nak bersetuju, tapi apabila dikaji kita
dapati itulah kadar yang sesuai walaupun dilihat agak tinggi."
"Tetapi itulah kadar yang kita persetujui dengan mengambil kira perbandingan dengan negara-negara penerima lain" katanya.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa
Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin di Parlimen.
Jawatankuasa berkenaan juga memutuskan untuk tidak melaksanakan perintah
gaji minimum 2012 kepada pekerja asing yang memegang pas lawatan kerja
sementara (PLKS) dan ia akan ditentukan majikan mengikut kadar pasaran.
"Gaji minimum kita tak ambil kira. Itu terserah kepada majikan untuk tentukan mengikut kadar pasaran," katanya.
Mengulas lanjut Muhyiddin berkata, kerajaan juga memutuskan untuk
memansuhkan pengeluaran Journey Perform Visa (JP Visa) mulai 1 Oktober
2013.
Sebelum ini JP Visa dikeluarkan kepada warganegara Indonesia yang
memasuki negara ini melalui Pas Lawatan Sosial sebagai pelancong untuk
mendapatkan pekerjaan di Malaysia.
Semua perkara itu terkandung dalam Memorandum Persefahaman Mengenai
Pekerja Domestik Indonesia di antara Kerajaan Malaysia dan Indonesia
2011 yang tertangguh pelaksanaannya sebelum ini.
P/s: Kalau tidak mampu jangan menggatal menggajikan warga asing sebagai
pembantu rumah. Apabila mengambil pembantu rumah, perkara yang perlu
difikirkan bukan sekadar gaji bulanan, hal-hal yang membabitkan
kebajikan mereka juga perlu diambil kira.
Duniacacamarba
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.