PRK Kuala Besut: Pengundi dilihat beratur ambil duit rumah ketua kampung selepas mengundi.
Mereka dilihat di kediaman ketua kampung Lay Out dalam daerah mengundi Tok Saboh dan kediaman ketua kampung di kampung yang berdekatan.
Malaysiakini tidak menyiarkan nama kampung tersebut sementara menunggu untuk mendapatkan komen.
Menurut beberapa pengundi yang ditemui Malaysiakiniberhampiran pusat mengundi di SK Kampung Nangka dan di luar rumah ketua kampung itu - kebanyakan mereka enggan dinamakan - wang itu untuk pengundi yang pulang dari luar untuk mengundi.
Jumlahnya ialah antara RM50 bagi mereka yang pulang dari Kota Baru, sehingga RM200 bagi mereka yang pulang dari Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, apabila diminta untuk mengesahkannya, seorang lelaki yang
memperkenalkan dirinya sebagai ketua kampung Lay Out, 'Rajees' menjawab,
"Saya jutawan di sini. Saya boleh memberikan wang kepada sesiapa sahaja
yang saya suka."
Ketika ditanya mengapa pengagihan wang itu dibuat serentak dengan hari pengundian pilihan raya kecil Kuala Besut, beliau mendakwa wang itu untuk duit raya.
Beliau menambah bahawa borang-borang yang dikemukakan oleh pengundi bagi menuntut elaun itu adalah bagi tujuan pengauditan.

Beliau enggan memberitahu nama penuhnya atau membenarkan gambar diambil
di rumah, di mana kira-kira 50 orang beratur untuk menuntut wang mereka,
dengan bendera BN dan menghias pintu pagar.
Sementara itu, seorang penduduk tempatan yang ditemui berhampiran rumah Rajees, yang ingin dikenali hanya sebagai 'Rizal', berkata wang itu adalah untuk elaun perjalanan dan perkara yang sama berlaku semasa pilihan raya umum lepas.
Keadaan yang sama juga dilihat di kediaman ketua kampung lain pada sekitar tengah hari, di mana Malaysiakini ternampak seorang kerani menyerahkan RM200 kepada pengundi manakala yang lain beratur menunggu giliran mereka.

Bagaimanapun, seorang penduduk kampung kemudiannya meminta wartawan Malaysiakini supaya beredar dari situ.
Malaysiakini tidak dapat memperolehi jawapan konkrit dari penerima wang tersebut sama ada penyokong parti politik tertentu sahaja yang menerima wang tersebut.
Menurut seorang daripada mereka - seorang pemuda dari Kuala Lumpur yang hanya mahu dikenali sebagai Hilmi - dia dihubungi melalui telefon sebelum hari mengundi dan di masukkan ke dalam senarai nama. Dia juga ditemui berhampiran rumah Rajee. ~ Malaysiakini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.