“Mana Mahathir? Tadi Nampak Dia Mana Dia?”
Kata kata ini keluar dari mulut Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Ibni Al Marhum Sultan Hishamudin Shah yang ketika itu amat gering dan uzur ketika itu ada lah Yang diPertuan Agong Malaysia.
`Mahathir tadi ada di sini, ayah nampak, mana dia?'' Tanya Al marhum Tuanku kepada anaknda nya Ku Yah.
Sebenar nya Mahathir ketika itu telah pun berada di Kuala Lumpur.Ya , Mahathir ada di situ beberapa hari lalu ketika melawat Tuanku untuk mengajak Tuanku pulang ketanah air.Tetapi waktu ditanya kepada Ku Yah Mahathir sudah lama pulang.
Begitu akrab nya Tun Mahathir dengan Tuanku sehingga al marhum seolah olah Nampak kelibat Mahathir dikala sakit nya bertambah gering.
“Ketika itu, Almarhum tidak benarkan saya berenggang dengannya. Tuanku asyik genggam tangan saya, tidak lepas-lepas” ujar Ku Yah.
Dalam tercungap-cungap Tuanku menyambung:
"Aku tak nak mati di sini. Aku nak habis (mangkat) di sana. Rakyat tak bersalah, rakyat tak berdosa, ayah yang lambat-lambatkan tak mahu balik.''
Berkali-kali Tuanku ulang. Ini mungkin kerana Tuanku tersentuh hati apabila semua pemimpin yang menziarahinya menyampaikan berita bahawa rakyat di Malaysia sedang menantikan kepulangan Tuanku.
Maknanya, rakyat minta Tuanku pulang cepat. Sebab itu Tuanku menyalahkan dirinya sendiri.
Selepas itu Almarhum tiba-tiba banyak menyebut nama Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.
"Mahathir suruh ayah pulang tetapi ayah tidak buat apa-apa keputusan. Sekarang ayah sudah baik. Mahathir hendak tengok ayah berjalan bila sampai.''
Kemudian saya terkejut apabila tiba-tiba Almarhum bertanya:
"Mahathir tadi ada di sini, ayah nampak, mana dia?''
“Saya rasa pelik” kata Ku Yah “ Sebab Dr. Mahathir memang tiada di situ, Perdana Menteri ada di Kuala Lumpur. Ketika itu, saya sedar inilah tanda- tanda akhir hayat Almarhum.”
Tuanku melenting sambil berkata: ``Awak tengok kan, ayah cakap dengan Mahathir tadi. Mana dia, pergi panggil dia?''
“Apabila saya kata Dr. Mahathir sudah keluar, Tuanku bertanya lagi:
``Kenapa dia pergi cepat, panggil dia sekarang?''
“Akhirnya, saya terpaksa berbohong menyatakan Dr. Mahathir pergi sembahyang demi untuk memastikan Almarhum senang hati”
(Kemudian Almarhum dibawa pulang ke Kuala Lumpur dan di bawa ke Hospital Gleneagles dan ini kisah yang di cerita kan oleh anaknda nya Ku Yah)
Saya masih ingat apabila Dr. Mahathir pada hari pertama datang menziarahi Almarhum dan berkata: ``Tuanku, tuanku... ini Mahathir dengan Hasmah. Tuanku sekarang sudah ada di Kuala Lumpur.''
Saya bersyukur. Pada hari kedua Dr. Mahathir datang lagi ziarah Almarhum selepas sembahyang tarawih.
Dr. Mahathir berpuluh kali cuba memberitahu: ``Tuanku, tuanku, ini Mahathir, Hasmah ada sama.''
Perdana Menteri mengulangi perkataan yang sama walaupun Almarhum tidak sedar ketika itu. Malah anggota tubuhnya juga langsung tidak ada pergerakan.
Beliau berada di hospital itu kira-kira sejam.
Akhirnya, selepas 25 minit Dr. Mahathir keluar masuk bilik dan mengulangi perkataan sama, Almarhum menunjukkan respons dengan sedikit pergerakan badannya seperti menggigil. Manakala bibirnya terbuka dan terkumat-kamit perlahan seakan-akan mahu memberitahu sesuatu kepada Perdana Menteri.
Tuanku macam hendak bercakap tetapi tidak terkeluar suaranya. Air mata Tuanku pada masa itu berlinangan keluar. Dr. Siti Hasmah mengambil tisu dan mengelap air mata di kelopak mata Tuanku. Mungkin Almarhum menangis kerana hajatnya untuk memberitahu sesuatu kepada Dr. Mahathir tidak tercapai.
Saya bersyukur kerana akhirnya permintaannya untuk Dr. Mahathir berada di sisinya telah tercapai. Ia berlaku selepas Tuanku ``hendak sangat berjumpa Mahathir'' dan terkilan ``kenapa Mahathir cepat keluar'' pada malam Almarhum dimasukkan ke CCU (Sabtu) di Singapura.
Saya tahu Tuanku sangat sayangkan Dr. Mahathir. Apa-apa hal pun, Tuanku akan cari Dr. Mahathir untuk meluahkan perasaannya atau mengadu sesuatu. Selama ini Dr. Mahathirlah tempatnya mengadu.
Anak saya, Syed Budriz panggil saya dari hospital beritahu Almarhum yang dipanggilnya Atuk Tan sedang nazak. Tanpa berlengah-lengah saya pandu sendiri kereta berkejar ke hospital.
Apabila sampai, saya tengok bibir Almarhum telah pun lebam. Masa itu, Datuk Abu Hassan Din minta saya ajarkan Almarhum mengucap sepanjang masa.
Adik-beradik saya juga ada di sisi Tuanku ketika itu. Ketika itu, masanya sudah hampir tiba apabila mesin penyambung hayat menunjukkan bacaan melompat dari atas ke bawah. Daripada 34 ke 90, daripada 90 ke 20 dan 20 ke 102.
Ketika itu, apa yang boleh kami lakukan hanyalah berpelukan sesama adik-beradik di samping membacakan ayat-ayat suci yang didahului oleh Datuk Abu Hassan Din.
Dengan kemangkatan Tuanku Yang Di Pertuan Agong kemudian nya Negara kehilangan Raja yang sedang bertahta.
Perdana Menteri Tun Mahathir mengumum dan mengistihar kan kemangkatan Tuanku keseluruh Negara pada pagi Ramadan itu (tahun 2001) dan mengistiharkan cuti umum ke esokan hari nya.
Begitu lah kisah akrab nya seorang Raja bersama Perdana Menteri nya.
The Chulan
Thechulan.blogspot.com

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.