Followers

Monday, July 1, 2013

Kalau Guan Eng tak mau bayar apa Mukhriz boleh buat?



Yang keempatnya, ingatkan hebat sangat la anak Dr. Mahathir ni, rupa-rupanya jenis muka tak malu jugak tiru idea Ustaz Azizan.


Malaysiakini melaporkan:

Kerajaan Kedah berharap Pulau Pinang tidak menolak permintaannya untuk mengenakan caj bekalan air mentah dari Sungai Muda ke negeri itu sebelum perbincangan peringkat pegawai diadakan.
Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata kerajaan negeri mempunyai hujah berasas untuk mengenakan caj walaupun Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng awal-awal lagi mengemukakan alasan kerana enggan membayar.

"Kenyataan Lim Guan Eng bersabit perkara itu baru-baru ini seolah-olah beliau menolak permintaan Kedah. Saya harap dia lebih terbuka dalam soal ini," kata Mukhriz - Mkini.
  
YllixMedia Network. Iklan network untuk semua blogger. Guaranteed
Homestay Tempayan Hijau Penginapan budget di Parit Buntar
Aku cukup setuju dengan Guang Eng, bukan pasai dia Pakatan Rakyat dan dah tentu bukan pasai dia DAP tapi pasai alasan Guan Eng lebih logik dari alasan Mukhriz.

Malaysiakini juga melaporkan:

Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga berkata air yang diambil oleh syarikat bekalan air negeri itu adalah dari sungai di sebelah negeri itu, bukan dari Kedah.
Antara alasan kerajaan negeri Kedah mengenakan caj tersebut ialah bagi menampung kos penyelenggaraan sungai dan kawasan tadahan hujan di kawasan empangan Pedu yang membekalkan air ke Sungai Muda. - Ibid.
Bukan kata masa Mukhriz ni masa Ust Azizan jadi MB dulu pun aku tak setuju Kerajaan negeri Kedah minta  Pulau Pinang bayar RM20juta setahun untuk air tu.

Alasan aku, yang pertama pasai Penang ambil air tu dari sungai dalam negeri, bukannya ambik di negeri Kedah. Yang kedua Penang rawat air tu dengan kos depa sendiri, tak kira la tahap mana pun pencemaran air sungai tu.

Yang ketiga, tanggungjawab untuk selenggara sungai dan jaga punca air tu adalah tanggungjawab Kerajaan Negeri Kedah, tak kira la kemana pun air sungai tu mengalir selagi sungai tu ada dalam negeri Kedah.

Yang keempatnya, ingatkan hebat sangat la anak Dr. Mahathir ni, rupa-rupanya jenis muka tak malu jugak tiru idea Ustaz Azizan tapi bab untuk pelajaran macam Kolej Insaniah tak mau tiru pulak.

Tapi nak kata apa, memang dasar otak kapitalis, bab hala ke boleh duit memang tak lepas punya, bab hala ke nak habih duit walaupun sebenarnya pelaburan untuk rakyat sendiri senang-senang ja dia nak swastakan.

Kalau Guan Eng takmau bayar apa Mukhriz boleh buat, takkan dia nak bubuh puradan kat sempadan sungai tu kot...

Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2013/06/guan-eng-tak-mau-bayar-air-sumber-kedah-mukhriz.html#ixzz2XlIyferq

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.