Followers

Wednesday, July 31, 2013

Kakitangan Awam Selangor Gembira Terima Bonus Raya - By Hayati Umor

 
Kakitangan Awam Selangor Gembira Terima Bonus Raya 01

SHAH ALAM 30 JULAI : Kakitangan awam negeri Selangor melahirkan kegembiraan apabila Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan pemberian bonus raya sebulan gaji kepada mereka minggu lalu.

Rata-rata mereka yang ditemui tidak kira masih bujang atau berkeluarga, bersyukur kerana pemberian bonus itu dapat digunakan sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Kakitangan Awam Selangor Gembira Terima Bonus Raya 03

Bagi Nurul Amirah Razaly, 22, dari Jabatan Pengairan dan Saliran negeri, berkata beliau begitu teruja dengan pemberian itu kerana ia merupakan bonus pertama yang diterimanya.

“Saya merasa teruja kerana ini adalah kali pertama saya mendapat bantuan khas sempena Hari Raya sejak saya memulakan kerja,” ujarnya.

Tambahnya lagi, bantuan itu membolehkannya membantu meringankan beban ibu dan bapanya.

“Tahun ini, cukup setahun saya bekerja di sini, tak sangka dapat. Jika sebelum ini, dengar hanya setengah bulan, jadi kali ini lebih dari yang disangkakan. Saya anggap dengan sumbangan ini, saya dapat berikan kepada ibu bapa saya yang kini hanya pesara,” katanya ketika ditemui.

Kakitangan Awam Selangor Gembira Terima Bonus Raya 02

Kakitangan awam di Pejabat Undang-Undang, Azlan Mansor, 32, berkata pemberian duit raya itu membantu ketua isi rumah berbelanja sebagai persiapan awal hari raya.

“Saya merasa bersyukur diberikan bantuan khas tersebut, tambah-tambah lagi, sekarang sudah dekat menjelang perayaan Hari Raya. Jadi saya boleh menggunakan duit tersebut untuk membeli barang keperluan Hari Raya bagi kedua anak saya dan isteri.

Turut berkongsi kegembiraan, Ahmad Fadli Yahya, 31, kakitangan Pejabat Seketariat Ahkbar Setiausaha Kerajaan bantuan itu amat melegakan dan meringankan beban penjawat awam terutama yang berpendapatan sederhana.

Katanya, jumlah itu juga memadai bagi membantu kumpulan penjawat awam di seluruh negeri berbelanja sempena musim perayaan tersebut.
Kakitangan Awam Selangor Gembira Terima Bonus Raya 05

“Saya berharap dengan pemberian ini, penerima dapat berbelanja dengan bijak dan berhemah,” katanya.

Selain itu, Hamidah Hamid, 52, kakitangan di Jabatan Audit Negara menyifatkan bantuan itu merupakan sumbangan dan keprihatinan dari Kerajaan Negeri.


Bagaimanapun, ibu kepada empat orang anak itu, berharap Kerajaan Pusat dapat memberikan bantuan yang sama dengan Kerajaan Negeri.

Kakitangan Awam Selangor Gembira Terima Bonus Raya 04

“Di Selangor kita dapat lebih, di negeri lain hanya dapat dari Kerajaan pusat. Jadi tidak adil kepada penjawat awam yang lain. Lihat saja barang mahal, jadi biarlah pemberian dapat dilakukan sama rata. Walaubagaimanapun, saya tetap gembira dan bersyukur,” katanya.

Minggu lalu, Kerajaan Negeri memperuntukan RM30 juta untuk membayar bonus sebulan gaji kepada 21,776 kakitangan tetap, kontrak dan sambilan.

Manakala, Perdana Menteri hanya mengumumkan bantuan khas RM500 kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54 di peringkat pusat.


Selangorku.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.