Inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang
asing di Sabah (RCI) hari ini berjaya mengesan kad pengenalan palsu
milik seorang warga Indonesia, berusia 46 tahun.
Ishak Us'luan yang lahir di Timor, Lambata, Indonesia didapati mempunyai kad pengenalan palsu sejak 1984, setahun selepas beliau memasuki Sabah untuk bekerja ketika RCI membuat semakan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) nombor kad pengenalan milik Ishak didapati tidak berada dalam pangkalan data JPN.
"Kami telah semak dengan JPN tiada rekod IC kamu," kata pegawai penyiasat Jamil Aripin kepada Ishak yang membuatkan dia terdiam ketika memberi keterangan hari ini.
Bekas hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Shim Lip Kiong kemudiannya mengarahkan Jamil melakukan tindakan sewajarnya berdasarkan penemuan tersebut sama ada mahu merampas kad pengenalan Ishak atau tidak.
Jamil kemudiannya memutuskan Ishak diiringi pegawai penyiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke konsulat Indonesia di Sabah bagi mendapatkan passport Indonesia ekoran dia kini tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah.
Ketika memberikan keterangan, Ishak berkata beliau telah dua kali memperolehi kad pengenalan selepas kehilangan kad pengenalan pertamanya di kebun bunga, tempat dia bekerja.
"Semasa tahun 1984 dapat kad pengenalan ... ada orang dari Semporna bernama Usman Lajat, masa jalan dia meminta kami buat kad pengenalan, masa itu kami ada 17 orang yang buat (kad pengenalan), di situlah keluar kad pengenalan kami," katanya ketika memberi keterangan kepada panel RCI.
Kesemua rakan-rakannya itu jelas Ishak dikehendaki membayar RM40 kepada lelaki bernama Usman sebagai "duit minyak".
"Usman isi borang dan ambil cap jari kami ... kemudian dua bulan dia datang semula bawa IC biru," kata Ishak.
Ekoran kehilangan kad pengenalan pertamanya itu, Ishak kemudian berusaha membuat kad pengenalan untuk kali kedua di JPN Tawau, namun gagal.
"Atas bantuan seorang di Semporna, saya minta dia uruskan dengan bayaran RM500 ... saya dapat Mykad," katanya yang tidak mengingati nama individu tersebut.
Ishak juga mengakui pernah cuba untuk mendaftar mengundi ketika pilihan raya namun kesemua permohonannya itu ditolak.
"Baru-baru ini (sebelum Pilihan Raya 2013) saya daftar pengundi di Pejabat Pos Semporna, lebih kurang tiga, empat bulan sebelum mengundi, tapi tak dapat mengundi, kerana nama tiada (dalam daftar pemilih)," katanya.
Jamil turut menjelaskan kepada lima panel RCI bahawa semakan dengan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut tidak menyenaraikan kad pengenalan Ishak sebagai pengundi.
"IC dia tiada dalam daftar senarai pengundi," kata Jamil kepada panel RCI.
Ishak turut menerangkan sejak lima tahun menggunakan kad pengenalan palsu itu dia tidak pernah menghadapi pelbagai masalah memandangkan tidak mempunyai urusan langsung dengan bank, dan pihak polis.
"Saya tidak ada akaun bank, tidak pernah berhadapn pihak polis," katanya.
Sementara itu, seorang warganegara Malaysia, yang merupakan penduduk di pedalaman Sabah, Nancy Padin Salutan, 41, memberitahu RCI beliau terpaksa meletakkan nama abangnya sebagai bapa kepada dua anak lelakinya ekoran suaminya yang merupakan anak kelahiran Sabah tidak berjaya mendapatkan kad pengenalan.
Dalam keadaan menangis, Nancy, memberitahu panel RCI dengan dibantu jurubahasa berbangsa Murut empat lagi anaknya terpaksa diletakkan namanya sendiri sebagai "bapa" atas alasan sama.
"Anak pertama dan kedua letak nama abang ... ketiga sampai enam atas nama saya kerana suami tiada kad pengenalan," katanya menggunakan bahasa Murut kepada panel RCI.
Jelas Nancy, yang berasal dari Long Pasia, suaminya mempunyai sijil lahir, dan telah memohon kad pengenalan, namun di atas kad pengenalan tersebut tertera "Penduduk Tetap" dan bukannya warganegara, sedangkan suaminya, Joseph Balang, merupakan penduduk asal Long Pasia.
"Banyak kali sudah urus kad pengenalan suami, tapi bila siap bukan warganegara," katanya, yang melahirkan pendaftaran lewat, ekoran masalah logistik dan kewangan yang memerlukan perbelanjaan besar ke bandar terdekat bagi mendaftar kelahiran dan membuat kad pengenalan.
"Saya sama-sama buat sijil lahir pada 2001 dengan suami ketika JPN datang membuat pendaftaran di Long Pasia," katanya merujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara.
"Dulu susah nak ke pejabat pendaftaran Sipitang ... satu minggu jalan kaki, sekarang kalau naik kereta tak hujan dalam empat jam," katanya.
Hampir 28 peratus daripada penduduk Sabah merupakan warga asing, dengan anggaran berjumlah 889,000 yang kebanyakannya datang dari Filipina dan Indonesia.
RCI yang bermula Januari lalu mendedahkan testimoni rakyat Filipina dan warga asing lain tentang bagaimana mereka menerima kad pengenalan biru dalam masa beberapa tahun selepas tiba di Sabah dan mengundi dalam pilihan raya.
- TMI

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.