Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng hari ini mendakwa keengganan
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk memansuhkan
Akta Hasutan 1948 menunjukkan bahawa BN tidak menepati slogan 'Janji
Ditepati' semasa pilihan raya umum.
Malah, ia merupakan sikap degil yang ditunjukkan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang berjanji pada bulan lalu untuk menggantikan Akta Hasutan dengan Akta Harmoni Nasional.
“Kedegilan Ahmad Zahid tidak boleh diterima. Najib perlu menunjukkan kepastian dan kejelasan bahawa beliau bersungguh-sunguh untuk memansuhkan Akta Hasutan dengan menuntut Ahmad Zahid supaya menurut arahan, menukar pendirian dan menyokong pemansuhan,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, Ahmad Zahid sepatutnya meletak jawatan dari kabinet sekiranya terus berkeras untuk menarik balik tentangannya.
“Sekiraya tidak, Najib perlu menjelaskan kepada rakyat mengapa beliau memungkiri janji BN dan curang kepada pengundi dengan tidak memenuhi janji untuk menghapuskan Akta Hasutan,” katanya.
Lim juga menangkis dakwaan Ahmad Zahid bahwa tiada peruntukan yang boleh digunakan untuk mengawal kandungan menghasut jika undang-undang itu dimansuhkan.
Katanya, peruntukan dalam Kanun Keseksaan masih berhubung kesalahan tersebut masih boleh digunakan, selain dengan mengemukakan saman sivil.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.