KUALA BESUT, 13 JULAI: Calon Pas, Azlan @ Endot Yusof bercadang tidak
mengambil elaun wakil rakyat sekiranya memenangi pilihan raya kecil
(PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.Sebaliknya, Azlan yang
lebih mesra dikenali dengan nama Che Long akan menyerahkan semula elaun
tersebut kepada penduduk Kuala Besut bagi tujuan kebajikan.
“Insya Allah. Kalau ditakdirkan saya menang, saya akan menjadi wakil rakyat, bukannya menjadi wakil kerajaan,” kata Che Long dalam ceramah sulungnya di UPU Kampung Pantai, Kuala Besut malam tadi.“Saya akan mengambil (berat masalah rakyat dan menguruskannya sebaik mungkin,” kata Che Long yang terkenal dengan sifat pemurah disenangi di kalangan penduduk Kuala Besut.
Rintihan penduduk Kuala Besut yang lama terpinggir akibat perbalahan politik dalaman Terengganu menyebabkan mereka perlu diwakili seseorang yang benar-benar mewakili kepentingan rakyat, bukan kepentingan peribadi.
“Sebab itu saya akan mendengar luahan hati rakyat dan berkhidmat sebaik mungkin,” katanya disambut laungan takbir kira-kira 300 hadirin.
Turut hadir ceramah malam tadi ialah Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat yang juga ahli parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Muhd Yusoff dan ADUN Chukai, Terengganu, Hanafiah Mat.~sinar harian

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.