Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng
hari ini meminta maaf terhadap tindakan menggantung sesi soalan lisan
dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Lim berkata, perkara tersebut satu kesalahan dan sepatutnya boleh dielakkan.
Katanya, kerajaan negeri melantik exco Jagdeep Singh Deo untuk melihat isu tersebut dan memastikan ia tidak berulang.
"Saya terkejut dan tidak dapat terima alasan kurang masa digunakan untuk
menggantung sesi itu," kata Lim ketika membahaskan ucapan gabenar pada
Selasa.
Ketua pembangkang DUN Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid kelmarin menyelar
keputusan Speaker Law Choo Kiang untuk menggantung sesi itu, yang
disifatkannya sebagai "hukuman mati ke atas demokrasi".
Spekaer Law Choo Kiang sebelum itu menjelaskan, sesi itu digantung untuk
menjimatkan masa dan ia tidak akan mengganggu persidangan kerana masih
mengikut peraturan Dewan.
Batu Vs Kayu

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.