Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Timur ACP Azmi Ibrahim berkata tangkapan pertama dibuat hasil intipan pada 7 malam, setelah menahan sebuah kereta Proton Persona yang dipandu seorang lelaki berusia 20 tahun.
"Hasil pemeriksaan mendapati kereta berkenaan membawa 80 karton rokok pelbagai jenama tidak sah. 'Selepas disoal siasat, suspek mengaku rokok tersebut diambil dari sebuah rumah sewa di Jalan Galing," katanya hari ini.
Beliau berkata, suspek kemudian membawa polis ke rumah sewa tersebut sebelum menahan seorang lagi lelaki berusia 19 tahun yang menyewa rumah berkenaan.
Hasil pemeriksaan di dalam rumah itu, polis temui 1,474 karton pelbagai jenama rokok tidak sah, katanya. Kedua-dua suspek disiasat ikut Akta Kastam 1967.
PAHANG DAILY ONLINE
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.