Followers

Sunday, July 28, 2013

Dr. Mahathir merepek lagi, terus dalam dilema khayalan dia



Nampaknya makbul doa Allahyarham Ust Fadzil Nor, mantan Presiden PAS yang berdoa agar usia Dr. Mahathir dipanjangkan supaya dia dapat tengok 'kemusnahan' hasil kerja bangsat Dr. Mahathir oleh tangan dia sendiri.


Malaysiakini melaporkan:

Ia kini telah menjadi "dilema Cina", kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang bertanya sama ada Cina Malaysia mahu berkongsi kuasa politik dengan kaum lain atau mahu merebutnya sama sekali.

"Selama lebih setengah abad kemerdekaan, orang Cina telah berkongsi kekayaan dan kuasa dengan orang Melayu," katanya sambil menambah bahawa idea ke arah menjadikan Malaysia seperti Singapura nampaknya seolah-olah begitu memikat dan Pulau Pinang telah menunjukkan jalannya.

"Dilema bagi orang Cina adalah sama ada untuk merebut kuasa politik sambil mendominasi kuasa ekonomi atau berpegang kepada prinsip perkongsian, yang telah menjadikan negara ini seperti hari ini. - Mkini.  

YllixMedia Network. Iklan network untuk semua blogger. Guaranteed
Homestay Tempayan Hijau Penginapan budget di Parit Buntar
Kesian pulak aku tengok Dr. Mahathir ni, tak habih-habih merepek. 

Nampak macam dia terseksa sungguh tengok realiti keadaan sekarang dalam keadaan dia dah takdak kuasa nak buat benda ikut kehendak dia macam masa dia jadi PM dulu.





Nampaknya makbul doa Allahyarham Ust Fadzil Nor, mantan Presiden PAS yang berdoa agar usia Dr. Mahathir dipanjangkan supaya dia dapat tengok 'kemusnahan' hasil kerja bangsat Dr. Mahathir oleh tangan dia sendiri.


Hasil kerja celaka membangsatkan perkauman rakyat yang dia bawa masa zaman dia yang dimekap dengan rasuah dan penyelewengan secara berleluasa, hasilnya dia dah boleh tengok sendiri macamana rakyat terutama orang cina yang celik politik bangkit menentang Umno BN.

Yang dia kata "Cina telah berkongsi kekayaan dan kuasa dengan orang Melayu" sebenarnya cuma perkongsian oleh Umno dan MCA/Gerakan saja, bukannya melibatkan semua rakyat berbangsa melayu dan cina.

Yang dapat manfaat sebenarnya cuma Melayu Umno dan Cina MCA dan Gerakan. Kalau ada yang lain boleh dapat pun cuma tempias sikit-sikit. Dan yang paling malang sekali majoriti orang melayu masih tergolong dalam kategori miskin sehingga layak terima BR1M.

TheMalaysianInsider pula melaporkan:

 

Pesanan kepada Dr Mahathir: Orang Cina tidak berdepan dilema. Sebagai makluman, 51 peratus mengundi untuk Pakatan Rakyat (PR) semasa PRU13 lalu tidak berdepan dilema; suara mahu menggulingkan perikatan yang telah lama mengamal rasuah dan membiarkan negara berpecah dari segi bangsa dan agama.

Kebencian menebal terhadap Barisan Nasional (BN) dan yang mewakili Cina dan kaum bukan melayu lain - sanggup mengundi calon PAS yang orang Cina tidak mahu lakukan seperti pada pilihan raya 1999 bila undi orang Cina menyelamatkan kelangsungan Dr Mahathir.

Dr Mahathir mengetahui hal ini namun terpaksa menerima sebuah realiti yang lebih teruk: beliau sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun menyumbang kepada parti komponen yang tidak berjiwa. - TMI.

Itulah realitinya yang diterjemahkan dalam PRU13. Cumanya Umno BN masih bernasib baik pasai majoriti orang melayu masih belum celik politik, masih boleh dirasuah dengan segala macam BR1M, TR1M, KR1M dan bermacam lagi bentuk rasuah untuk beli undi orang melayu.

Tak cukup dengan tu ditambah lagi dengan aksi beli undi dengan tunai ataupun barter secara terang-terangan semasa kempen pilihanraya.

Sebenarnya tak perlu banyak, kalau orang melayu celik politik dalam 10% lagi saja pun dah cukup sebenarnya untuk menumbangkan Umno BN dalam PRU13.

Apa pun, harap-harap umur Dr. Mahathir terus panjang melepasi PRU13 supaya dia boleh tengok lagi banyak 'kemusnahan' hasil tangan dia masa dia berkuasa dulu.

Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2013/07/mahathir-dilema-cina-rebut-kuasa-dan-kekayaan.html#ixzz2aHFa1qdk

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.