Merujuk kepada kenyataan media Ahli Parlimen Bayan Baru Yang
Berhormat Sim Tze Tzin, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
ingin menekankan bahawa siasatan berkaitan dengan dakwaan membabitkan
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud masih berjalan.
SPRM telah pun mengumumkan kemajuan berkenaan siasatan itu pada satu sidang media Sabtu lalu.
Memandangkan kes ini masih berjalan, SPRM tidak boleh mendedahkan kertas siasatan kepada umum. Melainkan seseorang itu dituduh di mahkamah di mana fakta kes akan dibentangkan ketika prosiding.
Oleh itu, SPRM merasakan adalah tidak wajar bagi mana-mana pihak mendesak SPRM agar mendedahkan kertas siasatan. SPRM sama sekali tidak boleh memenuhi permintaan seperti ini termasuk daripada ahli-ahli Parlimen yang berperanan menggubal undang-undang.
Perkara ini sangat jelas di bawah Seksyen 29(4) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Bermakna menjadi satu kesalahan jika dokumen dan fail kes siasatan didedahkan kepada umum.
Jika permintaan Yang Berhormat ini dipenuhi, maka akan ada pihak lain yang akan meminta supaya mendedahkan kertas siasatan dan dokumen berkaitan melibatkan individu-individu lain termasuk pemimpin-pemimpin politik dari parti Yang Berhomat wakili.
Sudah pasti ia tidak adil kepada semua pihak yang disiasat.
Justeru, demi keadilan kepada semua, SPRM berharap semua pihak dapat bersabar sehingga siasatan selesai. SPRM akan memaklumkan perkembangan kes ini dari semasa ke semasa.
- TMI

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.