Followers

Wednesday, July 17, 2013

Bantah tahanan tanpa bicara, Majlis Peguam puji Abdul Gani - Oleh Hasbullah Awang Chik

Photo: Bantah tahanan tanpa bicara, Majlis Peguam puji Abdul Gani

Oleh Hasbullah Awang Chik
 

Pendirian Tan Sri Abdul Gani Patail yang membantah keperluan amalan tahanan tanpa bicara bagi undang-undang pencegahan tahanan baru bagi menggantikan Ordinan Darurat 1969, dipuji Majlis Peguam.

Presidennya, Christopher Leong, berkata pihaknya senada dengan Peguam Negara itu yang menganggap ia suatu hal luar biasa bagi mewujudkan undang-undang tahanan tanpa bicara bagi mengekang jenayah.

Katanya, undang-undang bagi membendung pengganas dan ancaman negara iaitu Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) yang tidak mengguna pakai amalan penahanan tanpa bicara.

Pada kenyataan media, hari ini, Leong berkata, seseorang yang ditahan mengikut Sosma hanya boleh ditahan maksimum 28 hari untuk siasatan atau dibawa ke mahkamah atau dibebas.

“Kami menolak sebarang cadangan perundangan baru yang menganjur kepada tahanan tanpa bicara, pembaharuan dengan arahan menteri mahupun menafi hak dilindungi undang-undang,” katanya.

Mengenai peningkatan kes jenayah, beliau berkata, polis memerlukan usaha, kecerdikan, kebolehan dan dedikasi tanpa diberi kuasa melampau.

“Ordinan Darurat dimansuh pada Disember 2011 atas inisiatif Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai pembaharuan demokrasi Malaysia.

“Peguam Malaysia menggesa pihak yang cuba mengembalikan undang-undang tahanan tanpa bicara supaya berhenti berbuat demikian," katanya.

Hari ini, Abdul Gani menyatakan tidak bersetuju cadangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperkenal undang-undang yang ada unsur tahanan tanpa bicara sebagai langkah mencegah jenayah.

Beliau berkata, pihaknya belum menerima apa-apa cadangan dari KDN untuk menggantikan Ordinan Darurat yang membenarkan tahanan tanpa bicara.

Katanya, Pejabat Peguam Negara juga tidak pernah mendakwa mana-mana individu yang ditahan mengikut EO.

"Lebih baik membiarkan orang bersalah bebas daripada menghukum orang yang tidak bersalah ke dalam penjara," katanya. - 16 Julai, 2013.

The Malaysia Insider. Pendirian Tan Sri Abdul Gani Patail yang membantah keperluan amalan tahanan tanpa biocara bagi undang-undang pencegahan tahanan baru bagi menggantikan Ordinan Darurat 1969, dipuji Majlis Peguam. 
 
Presidennya, Christopher Leong, berkata pihaknya senada dengan Peguam Negara itu yang menganggap ia suatu hal luar biasa bagi mewujudkan undang-undang tahanan tanpa bicara bagi mengekang jenayah.

Katanya, undang-undang bagi membendung pengganas dan ancaman negara iaitu Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) yang tidak mengguna pakai amalan penahanan tanpa bicara.

Pada kenyataan media, hari ini, Leong berkata, seseorang yang ditahan mengikut Sosma hanya boleh ditahan maksimum 28 hari untuk siasatan atau dibawa ke mahkamah atau dibebas.

“Kami menolak sebarang cadangan perundangan baru yang menganjur kepada tahanan tanpa bicara, pembaharuan dengan arahan menteri mahupun menafi hak dilindungi undang-undang,” katanya.

Mengenai peningkatan kes jenayah, beliau berkata, polis memerlukan usaha, kecerdikan, kebolehan dan dedikasi tanpa diberi kuasa melampau.

“Ordinan Darurat dimansuh pada Disember 2011 atas inisiatif Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai pembaharuan demokrasi Malaysia.

“Peguam Malaysia menggesa pihak yang cuba mengembalikan undang-undang tahanan tanpa bicara supaya berhenti berbuat demikian," katanya.

Hari ini, Abdul Gani menyatakan tidak bersetuju cadangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperkenal undang-undang yang ada unsur tahanan tanpa bicara sebagai langkah mencegah jenayah.

Beliau berkata, pihaknya belum menerima apa-apa cadangan dari KDN untuk menggantikan Ordinan Darurat yang membenarkan tahanan tanpa bicara.

Katanya, Pejabat Peguam Negara juga tidak pernah mendakwa mana-mana individu yang ditahan mengikut EO.

"Lebih baik membiarkan orang bersalah bebas daripada menghukum orang yang tidak bersalah ke dalam penjara," katanya.


The Malaysia Insider

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.