an presiden Morsi. Tetapi selain dari Israel, sebuah negara yang menjadi kiblat umat Islam amat gembira dengan penggulingan tersebut. Beberapa jam sahaja slepas presiden Mesir, Muhammed Morsi dari Ikhwan digulingkan, rejim Saudi dengan serta-merta mengucapkan tahniah kepada presiden sementara Adly Mansour. Saudi merasa amat gembira dengan kejatuhan mengejut parti Islam itu selepas beberapa dekad menjadi pembangkang.
Adalah ironik Saudi yang melaung-laungkan bahawa mereka memerintah berdasarkan undang-undang Islam tetapi amat bimbang dengan kebangkitan parti Islam menguasai negara. Sebenarnya seperti juga kebanyakan negara barat, Arab Saudi merasakan lebih selesa bergabung dengan pemimpin diktator tentera Mesir Presiden Husni Mubarak yang telah ditumbangkan.
Tetapi apabila Ikhwan Muslimin berjaya mengambil alih kuasa dan dilantik menjadi presiden pada 2012, Riyadh merasa bimbang. Arab Saudi selalu menghadapi masalah hubungan dengan Ikhwan Muslimin yang mempunyai kaedah yang berbeza dalam mengembangkan islam, dan keupayaan organisasinya yang cekap, pengaruhnya semakin berkembang adn juga penyertaannya dalam pilihanraya semakin diterima rakyat.
Golongan terpelajar Saudi semakin tertarik dengan pendekatan Ikhwan dan tertarik dengan gerakan masyarakat yang dijalankan melalui kerja-kerja amal dan kebajikan. Kebanyakan mereka kecewa dengan sekatan golongan Wahabi-Salafi yang mengharamkan penyertaan politik dan mematuhi peraturan yang ditetapkan secara mutlak tanpa perbincangan. Mereka mendapati pendekatan secara perbincangan terbuka lebih diterima oleh masyarakat. Kekosongan ideologi politik nasionalis dan sosialis arab selepas 1967 telah mula digantikan dengan politik Islam.
Bagi mengekang pengaruh Ikhwan Muslimin, pihak berkuasa agama Arab Saudi mula mengecamnya sebagai faktor pemecah-belah dan menuduhnya bertentangan dengan agama. Arab Saudi mula menyekat kegiatan Ikhwan selepas ia mengecam tindakan Saudi mengundang tentera asing yang diketuai AS untuk mengusir Saddam Husien dari Kuwait dalam perang 1990.
Selepas peristiwa 9/11, prasangka Saudi terhadap Ikhwan bertukar kepada perseteruan. Putera Nayef menuduh Ikhwan menjadikan pemuda Saudi sebagai radikal dan menuduhnya bertanggungjawab terhadap keganasan yang berlaku dalam tahun 2003 hingga 2008. Tetapi beliau gagal membuktikannya dan beberapa peristiwa kekacauan yang berlaku adalah akibat dari masalah dalaman Saudi sendiri.
Sikap permusuhan Saudi terhadap Ikhwan sebenarnya melampaui batas tuduhan sebagai pengganas. Ia berdasarkan beberapa faktor yang menyebabkan adalah sukar untuk rejim tersebut bergabung dengan Ikhwan.
Pada asalnya, dinasti Saud tidak terlalu bimbang dengan pengaruh Ikhwan kerana pergerakan itu hanyalah sebagai pembangkang. Tetapi selepas Ikhwan berjaya di Mesir dan Tunisia dan kemungkinan Syria, pandangan Riyadh terhadap Ikhwan telah bertukar sama sekali. Mereka bimbang kebangkitan pengaruh Ikhwan akan mengembangkan pengaruh pergerakan tersebut didalam kerajaan beraja itu.
Saudi Arabia yang selama ini dianggap sebagai mewakili negara Islam Sunni dalam menghadapi seteru kuatnya iaitu Iran yang mewakili Syiah. Oleh itu apabila Ikhwan menyeru kepada perpaduan Islam sebaik saja memegang kuasa di Mesir, ia telah mengendurkan sedikit pertikaian Sunni-Syiah, pihak Saudi terasa tercabar. Bila Morsi membuat lawatan ke Iran pada 2012, Saudi mengecam pendekatan tersebut dengan keras. Saudi melihat Mesir di bawah Morsi ingin keluar dari pengaruhnya.
Apabila Ikhwan menjalinkan hubungan yang rapat dengan Qatar, Saudi melihat ia sekali lagi cuba mengurangkan pengaruhnya dalam kalangan negara teluk. Gerakan Ikhwan dilihat oleh Saudi tidak boleh dipercayai dan tidak berterima kasih dan pengaruhnya sudah berada disempadan. Pengaruh Ikhwan di Qatar mula berkembang melalui medan bicara ilmiah, media massa dan badan pemikir amat dibimbangi akan turut berkembang ke Saudi akhirnya boleh mencabar kerajaan beraja tersebut.
Pihak Saudi juga bimbang wujudnya rangkaian tiga serangkai iaitu Mesir, Turki dan Qatar (satu-satunya negara teluk yang mempunyai hubungan rapat dengan Ikhwan), akan menjejaskan lagi pengaruhnya di Timur Tengah.
Kejatuhan kerajaan pimpinan Ikhwan Muslimin di sambut amat gembira oleh pihak media Saudi sebaliknya di tangisi oleh seluruh dunia Islam. Kononnya wartawan bebas di Saudi mengucapkan tahniah kepada rakyat Mesir kerana menyingkirkan apa yang mereka sifatkan kerajaan Islam diktator tetapi mereka buat-buat lupa tentang diktator yang mencengkam mereka.
Pada masa ini dikalangan pergerakan Islam di Arab Saudi sudah mula tersebar bahawa Arab Saudi bersama UAE adalah dalang kejatuhan Morsi. Walaupun setakat ini ia berhasil memberi kelegaan kepada Saudi, tetapi hakikatnya seluruh Mesir berada dalam keadaan huru-hara dan bertempur sesama sendiri.
Arab Saudi telah berjaya dalam misinya dalam menjatuhkan Parti Islam yang mencabar pengaruhnya, merupakan satu isyarat yang jelas juga kepada mana-mana wilayah yang cuba mengembangkan gerakan Ikhwan. Walaupun apa pun berlaku kepada Mesir dan walau apa pun berlaku kepada Gaza, yang penting kepada dinasti Saud ketika ini, inilah saat untuk bergembira yang dinanti-nantikan!
- petunjukzaman
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.