Bekas aktivis DAP, Shen Yee Aun (SYA) berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim
mungkin dapat menyusup masuk ke dalam parti Pas yang kini dikenali
sebagai kumpulan ‘Anwarinas’, namun tidak mungkin saama sekali Ketua
Umum PKR dapat menembusi DAP.
"Anwar mungkin boleh melakukan perkara ini terhadap Pas tapi saya rasa
dia tidak dapat menembusi Lim Kit Siang. Sebab cengkaman dan pengaruh
Lim Kit Siang dalam DAP sangat kuat.
“Segala posisi dan turun naik seseorang dalam DAP adalah dalam tangan Lim Kit Siang.
"Saya rasa, Anwar tidak ada banyak pengaruh dalam DAP, “ katanya.
Menurut SYA, DAP telah mencapai kejayaan paling maksima pada Pilihanraya
Umum ke-13 (PRU 13), maka parti cauvanis Cina itu tidak mampu lagi
melebihi daripada tahap itu.
“Mana-mana parti politik atau syarikat ada graf pencapaian mereka yang
mana graf itu sudah sampai ke satu tahap keuntungan maksimum.
“Jadi, DAP sudah sampai satu tahap yang paling maksimum, masyarakat Cina dah penuh dah, India dapat separuh.
“Sekiranya DAP tidak cuba untuk mendapatkan undi Melayu, mereka tidak
akan dapat selama-lamanya memerintah negara ini. Daripada matematik
mereka tahu, itu yang pertama,”katanya lagi.
Ikutilah wawancara SYA bersama AIDC bahagian akhir, di Petaling Jaya, 6 Julai 2013.
AIDC :Boleh ulas sedikit tentang tulisan saudara yang mengatakan
Anwar melucukan apabila menuduh bermacam-macam, tapi apabila lapor polis
hanya tentang isu dakwat kekal ?
Memang sangat melucukan. Bukan sahaja beliau mengangkat sumpah menjadi
Ahli Parlimen, kita juga jangan lupa Anwar pernah membuat laporan polis
dalam isu penipuan pilihanraya.
Tapi tiada satu pun yang dia laporkan. Dia tak buat laporan polis
tentang blackout, tidak buat laporan tentang isu undi popular, tidak
buat laporan polis tentang Bangladesh. Dia hanya buat laporan polis
hanya tentang isu dakwat kekal yang sebenarnya mereka sendiri minta. Itu
memang lucu dan kelakar.
AIDC : Mereka yang minta supaya dakwat kekal itu digunakan?
Sedangkan Malaysia tidak perlu sistem dakwat kekal, sebab kalau dikaji
dalam sejarah demokrasi dunia hari ini, negara-negara yang tidak maju
sahaja menggunakan dakwat kekal ini. Negara yang sudah maju guna
biometrik.
Mereka nak perangkap BN guna dakwat kekal supaya ada isu macam ini yang boleh mereka politikkan.
Mana boleh mereka nak suruh kita ikut macam negara tidak maju. Takkan
kita undi hari ini, dakwat itu nak hilang dalam masa 2 bulan.
Sebab itulah saya kata, inilah permainan Anwar yang kita asyik
terperangkap. Saya bukan nak kata, ini jujur, BN pun lemah juga. Anwar
minta dakwat kekal, bagi dakwat kekal. Terperangkap. Sebab Anwar sudah
tahu permainan sedemikian.
Dakwat kekal yang mereka sendiri minta. Tapi dakwaan yang kat luar
mereka buat, blackout, Bangladesh, isu popular vote, penipuan
pilihanraya, undi hantu..kesemua tuduhan mereka tak pernah buat laporan
polis. Itu yang kelakar.
AIDC : Seperti ada persamaan antara Anwar dengan DAP. Misalnya badan
pemikir Penang Institute, Nurul Izzah dan fikiran-fikiran Anwar ada di
situ. Seolah-olah macam selari ?
Sememangnya selari. Politik Pas pada hari ini, dihancurkan, ada orang
mengatakan disebabkan Anwar. Mengapa Pas tidak menjadi selantang dahulu
memperjuangkan Islam. Kita lihat Pas pun sudah banyak berubah.
Sebenarnya, Pas nak kata berubah pun ya. Yang berubah itu adalah
pemimpin-pemimpin yang dicaturkan oleh Anwar dalam Pas. Pas sudah
terbahagi kepada kumpulan yang pro-Anwar dan anti-Anwar.
Kumpulan-kumpulan yang pro-Anwar itulah yang membawa fahaman-fahaman
liberal itu.
Fahaman-fahaman liberal inilah yang cuba mencuci golongan ekstrem atau
golongan ulama dalam Pas supaya mengikuti perjalanan orang-orang ini.
Nak kata persamaan itu memang ada sehinggalah mereka menyamakan Pas itu
sehaluan dengan mereka.
Saya melihat Anwar begitu yakin nak undi Melayu. Sebab itu mereka banyak bermain tentang isu Cina dan sebelum itu isu India.
Dr MiM
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.