SUBANG JAYA – Tan Sri Awang Had Salleh meninggal dunia kira-kira jam 3
pagi tadi. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 79 tahun
dan jenazahnya dijangka akan dikebumikan selepas solat Zohor di
Putrajaya hari ini.
Allahyarham merupakan anak kelahiran Balik Pulau, Pulau Pinang menerima
pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Pulau Betung iaitu sekolah rendah
di tempat asalnya.
Pada 1949, beliau berjaya memperoleh keputusan peperiksaan Darjah 6 yang
terbaik di seluruh negeri Kedah setelah pelajarannya tergendala akibat
perang dunia ke-2 lalu menyertai Sekolah Melayu Seberang Perak.
Beliau kemudiannya menyambung pelajaran di Maktab Perguruan Sultan
Idris, Tanjung Malim seterusnya menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera di
Universiti Malaya pada tahun 1964.
Seorang yang berkecenderungan akademik, Awang kemudian memperoleh
ijazah-ijazah yang lain sehingga ke peringkat ijazah kedoktoran dalam
bidang Pendidikan dan Sosiologi daripada Stanford University, California
pada tahun 1969 serta juga dalam bidang Pengajian Pengurusan Akademik
dan Pembangunan daripada Lancaster University, United Kingdom.
Panda 1975, beliau dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal
Pelajar Universiti Malaya dan kemudian menjadi Naib Canselor Universiti
Kebangsaan Malaysia lalu menjadi Naib Canselor pertama Universiti Utara
Malaysia.
Sejak 1996, beliau merupakan Pro-Canselor Universiti Pendidikan Sultan
Idris (UPSI).Beliau merupakan salah seorang tokoh pendidik dan
sasterawan terbilang yang menjadi sumber inspirasi kepada warga ahli
akademik tanah air.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.