Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Abu Zahar Ithnin, 74,
meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang di kediamannya di
Merlimau Pasir di sini hari ini.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 5.50 petang di samping isterinya, Datin Seri Khalijah Jiddi, 66, serta enam orang anak dan 20 cucu.
Menurut anak kelimanya, Muhd. Idi Iskandar, 34, Allahyarham bapanya sebelum ini telah dimasukkan ke Hospital Gleneagles, Jalan Ampang, Kuala Lumpur akibat sakit buah pinggang.
"Selepas hampir sebulan mendapat rawatan di sana, bapa kemudian telah dimasukkan pula ke Hospital Melaka, Isnin lalu.
"Bagaimanapun, semalam doktor yang merawat bapa membenarkannya dibawa pulang ke rumah," katanya kepada pemberita ketika ditemui.
Antara yang menziarahi jenazah Allahyarham ialah Ketua Menteri, Datuk Idris Haron; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Roslan Ahmad dan ADUN Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman.
Menurut Muhd. Idi, bapanya mengadu sakit dan muntah-muntah sebelum menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 5.50 petang.
"Kami sekeluarga kehilangan seorang yang sangat disayangi dan kami reda dengan ketentuan Ilahi," katanya sayu.
Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Negeri sebelum dikebumikan di Makam Pahlawan kira-kira pukul 11 pagi esok.
Abu Zahar dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka Kelapan menggantikan Datuk Seri Mohd. Zain Abdul Ghani yang meninggal dunia pada 1997.
Beliau merupakan bekas ADUN Sungai Rambai dan ADUN Merlimau selain Speaker Dewan Undangan Negeri dari 1986 hingga 1995.
- Utusan Online

Baca selanjutnya: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=71382:abu-zahar-ithnin-meninggal-dunia&Itemid=2#ixzz2YtIOs1gn
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.