Followers

Sunday, July 21, 2013

Ahli Parlimen Pandan, Saudara Rafizi Ramli akan ditahan dan didakwa ??

 
Rafizi Ramli

Berdasarkan kepada rekod kerajaan Umno BN yang penuh dengan penipuan, rasuah dan pengkhianatan, ada kemungkinan ahli parlimen Pandan, saudara Rafizi Ramli akan ditahan dan didakwa kerana mengkhianati pengkhianat.
Budaya kerajaan haram jadah Umno BN, sesiapa yang bocorkan rahsia penipuan Umno BN akan ditahan, didakwa dan dipenjarakan.

Dakwat kekal: Rafizi ulang dakwaan di luar dewan
KUALA LUMPUR 17 Julai: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mengulangi dakwaan bahawa pemimpin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai hubungan rapat dengan pembekal dakwat kekal pada pilihan raya umum lalu.

Beliau mengulangi dakwaan tersebut dalam sidang media di lobi parlimen, selepas diminta  Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Terdahulu, Pandikar berkata, ahli SPR yang didakwa Rafizi pada Selasa lalu tidak dapat mempertahankan dirinya kerana ucapan itu dibuat di dalam dewan.

Ucapan ahli parlimen di luar Dewan Rakyat tidak dilindungi kekebalan dari tindakan undang-undang.

Dalam sidang media tersebut, Rafizi turut mempersoalkan apakah penilaian bagi memastikan syarikat yang diberi tander membekal dakwat kekal pada PRU lepas benar- benar layak.

Beliau mempersoalkan bagaimana syarikat yang rekod kewangannya tidak dikemaskini boleh diberi tender runding terus.

Rafizi berpendapat penganugerahan itu diberikan bukan kerana kemampuan syarikat tersebut membekalkan dakwat kekal namun hubungan baik pemiliknya dengan kepimpinan SPR.

“Mengapakah sebuah syarikat yang kali terakhir kemaskini rekod kewangannya hanya pada 2009 dianugerahkan tander pada tahun 2013, apakah syarikat itu benar-benar aktif?” Soal beliau.



Kerajaan  Rakyat

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.