Followers

Wednesday, July 10, 2013

Adnan Dakwa Kes Gondol Hutan Di Pahang Tidak Serius !

KUANTAN - Kerajaan Negeri Pahang memandang serius kegiatan menarah bukit dan menggondol hutan secara haram dan akan terus meningkatkan penguatkuasaan bagi menangani perkara berkenaan.

Menteri Besar, Dato' Sri Adnan Yaakob bagaimanapun berkata, di negeri ini kegiatan tersebut tidak seburuk seperti mana yang berlaku di negeri-negeri lain yang dikuasai parti pembangkang.

"Dalam hal ini, kita mahu wakil rakyat baik daripada Barisan Nasional (BN) mahu pun pembangkang sentiasa bekerjasama dan membantu menangani isu menarah bukit dan menggondol hutan di kawasan tanah tinggi.

"Di Cameron Highlands misalnya, secara relatifnya lebih baik berbanding perkara yang sama berlaku di negeri pembangkang," katanya menjawab soalan Dato' Md.

Sohaimi Mohamed Shah (BN-Sungai Lembing) pada sesi soal jawab sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Sri Pahang semalam.

Adnan berkata, beliau juga kerap membuat pemantauan udara bagi meninjau situasi di sekitar Cameron Highlands dan mendapati aktiviti menarah bukit berleluasa kerana ada pihak yang langsung tidak beretika.

"Kita sebenarnya dari semasa ke semasa mengambil tindakan penguatkuasaan menerusi akta yang diperuntukkan seperti Akta Perhutanan Negara 1984 dan Akta Pemuliharaan Tanah 1960.

"Masalah yang kita hadapi ialah kekurangan kakitangan untuk meningkatkan penguatkuasaan dan peralatan yang berkaitan," katanya.

Beliau berkata, lokasi yang jauh ke pedalaman dan kedudukan geografi juga adalah antara faktor yang menghalang agensi penguat kuasa mengambil tindakan tegas terhadap pihak tidak bertanggungjawab.

PAHANG DAILY ONLINE.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.