Ramai
yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan
diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai.
Perubahan fizikal
seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa
malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri
di khalayak ramai. Bukan itu sahaja, perut buncit juga merupakan tanda
awal kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya.
Malah, apabila tidak mempunyai fizikal yang menarik seperti artis atau pembina badan, mungkin akan membuatkan individu itu berasa lebih tersisih dan berfikir negatif setiap masa.
Pun begitu, terdapat cara yang sesuai
untuk lelaki mahu pun wanita untuk mengatasi masalah mempunyai perut
buncit. Tidak salah untuk mencubakan? Antara cara-cara untuk
mengempiskan perut adalah:
1. Minum Air Masak Yang Banyak.
Apabila
tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan
mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan
kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan
jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih
efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.
2. Makan Perlahan-lahan.
Ketika
menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara
akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang
menggalakkan perut menjadi perut buncit. Makanan yang tidak dikunyah
sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya
menyebabkan proses kembung perut berlaku.
3. Kurangkan Garam Dalam Makanan.
Terlalu
banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap
cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari
sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang
terbentuk. Lama kelamaan, perut buncit pun boleh berlaku.
4. Makan Makanan Yang Penuh Serat.
Ramai
yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan
diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai. Perubahan fizikal
seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa
malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri
di khalayak ramai. Bukan itu sahaja, perut buncit juga merupakan tanda
awal kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya (LINK).
Serat
adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi
kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan
buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan
dari mendapat penyakit perut buncit ini.
5. Kesan Pengambilan Ubat.
Terdapat
juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis
ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi perut buncit. Sebagai
contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan
timbulnya penyakit lain seperti sembelit.
6. Hindari Sembelit.
Sembelit
berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan
danhanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat
dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan
merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan
kekembungan dan perut buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah
digalakkan.
7. Lakukan Senaman atau Bersukan.
Bersukan
sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar
metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan
lemak.Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut
dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan
mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan
berat badan.
http://wanitakini.com
Kerengga
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.