2 2. Nabi Idris Alaihissalaam.
Penduduk
Babil Iraq, terima 30 suhuf untuk umatnya keturunan Qabil. Orang
pertama pandai menulis, membaca, ilmu falak dan jahit menjahit.
3 3. Nabi Nuh Alaihissalaam.
Allah
utus baginda ke negeri Arminia. Allah swt telah menurunkan bala dengan
banjir besar kepada kaumnya yang ingkar. Baginda digelar’ Najiyullah.
4 4. Nabi Hud Alaihissalaam.
Berketurunan Sam bin Nuh. Diutuskan kepada kaum ‘Ad di utara Hadhra Maut, Yaman. Allah swt membinasakan kaumnya yang ingkar dengan angin kencang yang sangat sejuk 8 hari 7 malam.
5. Nabi Soleh Alaihissalaam.
Berketurunan
Sam bin Nuh daripada generasi ke 6. Diutuskan kepada kaum Thamut, di
antara Hijaz dan Syam. Allah memusnahkan kaumnya yang ingkar dengan
pekikan suara yang kuat dari langit.
6 6. Nabi Ibrahim Alaihissalaam.
Juga
berketurunan Sam bin Nuh. Dilahirkan di Musol, Iraq ketika pemerintahan
raja Namrud. Di gelar dengan ‘Khalilullah’. Seorang yang bijak dan
berfikir.
7 7. Nabi Luth Alaihissalaam
Anak saudara Nabi Ibrahim Alaihissalaam.
Diutuskan kepada penduduk negeri Sadum (Laut Mati, Jordan). Allah swt
menurunkan bala kepada penduduk yang derhaka dengan menurunkan hujan
batu yang membinasakan mereka.
8 8. Nabi Ismail Alaihissalaam.
Putera nabi Ibrahim Alaihissalaam dengan
Hajar. Baginda dan ibunya orang pertama yang mendiami Mekah. Baginda
membantu bapanya membina ka’bah. Digelar sebagai ‘Zabhihullah’.
9 9. Nabi Ishak Alaihissalaam.
Putera Nabi Ibrahim Alaihissalaam dengan Sarah. Daripadanya lahir berketurunan Bani Israel. Dimakamkan di Hibrun, Palestin.
1 10 Nabi Ya’kub Alaihissalaam.
Putera Nabi Ishak Alaihissalaam. Juga
dikenali dengan nama Israil (hamba Allah). Diutuskan kepada penduduk
negeri Kan’an. Dikurniakan 12 orang anak lelaki, antaranya ialah Nabi
Yusuf Alaihissalaam. Dimakamkan di Hibrun bersebelah bapanya.
1 11 Nabi Yusuf Alaihissalaam.
Putera Nabi Ya’kub Alaihissalaam yang
paling disayangi. Seorang yang sabar, tabah, pemaaf, penyayang, dan
sangat menghormati orang tuanya. Keistimewaannya ialah sangat kacak,
pandai mentadbir mimpi dan bijaksana.
1 12 Nabi Ayub Alaihissalaam.
Keturunan nabi Ishak Alaihissalaam.
Di kurniakan harta yang banyak dan anak yang ramai. Seorang yang
bertaqwa dan suka membantu. Diuji dengan kemusnahan harta, kematian anak
dan mengidap penyakit yang berat bertahun-tahun. Baginda sabar dan mempunyai iman yang teguh.
1 13 Nabi Zulkifli Alaihissalaam
Putera Nabi Ayub Alaihissalaam.
Seorang nabi dan raja kepada penduduk di Dmsyik dan sekitarnya. Asal
nama baginda ialah Bashar, dan maksud Zulkifli ialah bersanggupan kerana
baginda banyak berpuasa di siang hari dan beribadat pada waktu malam.
1 14. Nabi Syuib Alaihissalaam
Berketurunan Nabi Luth Alaihissalaam.
Diutuskan ke negeri Madyan, Jordan. Kaumnya mengamalkan sikap
mengurangkan timbangan dan sukatan dalam jual beli. Allah binasakan
mereka dengan gempa bumi dan petir yang sangat dasyat.
1 15. Nabi Musa Alaihissalaam
Keturunan Nabi Ya’kub Alaihissalaam.
Putera Imran, saudara Nabi Harun. Dipelihara oleh Asiah isteri Firaun.
Firaun menentang dakwah Nabi Musa akibatnya mati lemas tenggelam dalam
Laut Merah.
1 16. Nabi Harun Alaihissalaam
Saudara Nabi Musa Alaihissalaam. Seorang yang fasih berbicara merupakan teman dakwah Nabi Musa.
1 17. Nabi Daud Alaihissalaam
Berketurunan
Nabi Ishak. Baginda memiliki suara yang merdu, dan boleh melembutkan
besi dengan tangan. Seorang yang kuat beribadat, raja yang adil dan
bijaksana. Telah membina kota BaitulMaqdis bersama-sam puteranya Nabi
Sulaiman
1 18. Nabi Sulaiman Alaihissalaam
Putera
Nabi Daud. Seorang rasul dan raja yang bijaksana. Keistimewaan baginda
ialah boleh memahami bahasa binatang, boleh memerintah angin dan jin.
Berjaya mengislamkan ratu Balqis, kemudian berkahwin dengannya.
1 19. Nabi Ilyas Alaihissalaam
Keturunan
Nabi Harun. Diutuskan kepada Bani Israel yang ketika itu menyembah
berhala, Ba’l. Baginda berdakwah kepada mereka, tetapi gagal. Allah
menurunkan bala dengan kemarau selama 3 tahun.
2 20. Nabi Ilyasa’ Alaihissalaam
Anak
angkat Nabi Ilyas. Diutuskan kepada Bani Israel. Baginda berjaya
didalam dakwahnya. Tetapi setelah baginda meninggal, Bani Israel kembali
kufur. Allah menurunkan bala dengan melenyapkan segala kesenangan yang
dinikmati.
2 21. Nabi Yunus Alaihissalaam
Diutuskan
kepada kaum yang menyembah berhala di Ninawa, Iraq. Apabila mereka
enggan menerima dakwahnya, baginda meninggalkan mereka dan menumpang
sebuah kapal. Kapal tersebut mengalami masalah, dan baginda terpilih
untuk dibuang ke dalam laut bagi mengatasi masalah kapal tersebut
daripada karam. Baginda di telan ikan nun (paus).
2 22. Nabi Zakaria Alaihissalaam
Keturunan
Nabi Sulaiman. Diutuskan kepada Bani Israel, Palestin. Baginda sentiasa
berdoa supaya dikurniakan zuriat. Pada usianya 100 tahun dan isterinya
mandul, baginda dikurniakan anak yang dinamakan Yahya (hidup). Baginda
juga telah membesar Maryam, ibu Nabi Isa.
2 23. Nabi Yahya Alaihissalaam
Putera
Nabi Zakaria. Dikurniakan kepada baginda ilmu yang luas sejak kecil.
Seorang yang bertaqwa, berbudi bahasa, rajin, dan tidak sombong. Mati
syahid dibunuh oleh raja yang kejam demi mempertahankan hukum Allah.
2 24. Nabi Isa Alaihissalaam
Putera
Maryam bt. Imran. Jibril telah meniupkan ruh suci ke dalam rahim
ibunya. Baginda boleh bercakap ketika masih bayi. Diutuskan kepada Bani
Israel, dan diberikan kitab Injil. Bani Israel yang ingkar dengan
dakwahnya cuba untuk membunuh baginda, namun Allah mengangkatnya ke
langit dan akan turun ke bumi untuk menegakkan kebenaran.Berketurunan Bani Ismail. Dilahirkan di kota Mekah. Di gelar ‘al-Amin’. Dilantik sebagai rasul ketika berusia 40 tahun. Merupakan nabi dan rasul yang terakhir. Baginda menerima ujian yang dasyat daripada kaum Musyrikin Mekah. Baginda wafat di kota Madinah.
Lima Nabi / Rasul yang mendapat gelaran Ulul Azmi disebabkan oleh tentangan dan ujian yang diterima lebih hebat berbanding nabi-nabi lain dalam menyampaikan agama Allah ialah:
1. Nuh Alaihissalaam
2. Ibrahim Alaihissalaam
3. Musa Alaihissalaam
4. Isa Alaihissalaam
5. Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.