[Berita Semasa/ASD] Malaysia adalah antara segelintir negara di Asia
Tenggara yang benarkan warga asing membeli hartanah ‘FreeHold’.
Jual boleh tetapi mengapa biarkan warga asing memiliki harga kenapa senario seperti ini terus berlaku?
Cara Indonesia mengawal pemilikan hartanah kepada warga asing yang mana
hanya dibenarkan tempoh pemilikan pajakan maksima selama 30 tahun sahaja
lebih dihormati.. tetapi cara Malaysia?
Kerajaan Johor Kenakan Kadar Cukai Hartanah Baharu?
JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor akan mengenakan kadar cukai baharu yang
lebih tinggi kepada kira-kira 130,000 pegangan asing yang memiliki
hartanah di negeri ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled
Nordin.
Beliau berkata kadar cukai baharu yang akan dilaksanakan dalam tempoh
terdekat itu berbeza dengan kadar yang dikenakan kepada penduduk
tempatan.
Sebentar? Sekadar mahu menaikkan cukai pintu? Terus-terang kami katakan
selamba sahaja orang Singapura membayarnya. Adakah cadangan seperti ini
yang mampu dikeutarakan setakat ini? Tiada lagikah cadangan yang lebih
agresif daripada ini?
Tidak mustahil, tidak lama sahaja lagi Johor bakal menjadi tempat
tinggal dan kediaman untuk rakyat Singapura. Trend sekarang, orang
Singapura tinggal di Johor Bahru, rumah mereka di Singapura disewakan
kepada expartariat.
Akhirnya, apa yang berlaku sekarang harga rumah di Johor Bahru
melambung-lambung tinggi disebabkan permintaan daripada kelompok mereka
ini. Natijahnya, warga Malaysia terutamanya orang Melayu Johor tidak
mampu beli hartanah di sana sebaliknya sedikit demi sedikit JB bakal
jadi tempat tinggal warga Singapura.
“Sudah tiba masanya kerajaan negeri memberi perhatian kepada pegangan
asing di negeri ini kerana rakyat kita di negara luar juga dikenakan
kadar cukai yang berbeza.
Jadi saya rasa untuk permulaannya kita kenakan
kadar berbeza bagi cukai harta,” katanya kepada pemberita selepas
melakukan tinjauan mesra di Zon Permas, di sini hari ini.
Mohamed Khaled yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Permas berkata,
beliau yakin rakyat Johor akan bersetuju dengan keputusan tersebut
kerana ia akan memberi keuntungan kepada mereka manakala warga asing
pula perlu belajar bersyukur kerana memiliki harta di negeri ini. –
Bernama
Hakikatnya rumah-rumah di Johor amat murah bagi orang Singapura. Pemandu
teksi di Singapura pun boleh milki hartanah bernilai RM400,000 di Johor
Bahru.
Mengambil kira faktor :
- Pendapatan perkapita rakyat Singapura lebih 4 kali ganda berbanding rakyat Malaysia sendiri umumnya dan rakyat Johor amnya
- Keduanya, adalah disebabkan kadar tukaran matawang Singapura agak tinggi sekitar 2 kali lebih berbanding Malaysia
- Dan akhirnya, undang-undang pemilikan hartanah di Malaysia kepada warga asing masih lagi lemah
Ayuuh penguatkuasa, kapitalis hartanah yang berada di barisan hadapan
dan juga kalangan yang berkepentingan dan berpengaruh yang berselindung
di belakang mereka ini, sedarlah jangan biarkan rakyat sendiri merempat
dek kerana sibuk mengejar pembangunan dan keuntungan yang maksima
semata.
Akhirnya lagu di bawah ini bakal menjadi siualan untuk tempoh masa yang kan datang. Tidak mustahil…..
Jangan hanya pandai berdegar-degar di kaca televisyen dan di media arus
perdana yang lain mahu memperjuangkan bangsa Melayu amnya dan rakyat
Malaysia umumnya tetapi hakikatnya di belakang, bersama-sama menyokong
membina rumah mahal dan menjual serta menggadai kepada warga asing.
Baru-baru antara kami ada pergi ke pejabat jualan pemaju yang terkenal di sana. Penuh dengan warga Singapura.
Apabila ditanya, harga satu unit rumah kluster yang terpampang “only bumi unit left” dengan harga RM1 juta lebih
Adakah ada warga Johor yang waras beli rumah teres dengan harga RM500,000 ke atas?
Majoriti pemilik hartanah Seri Alam. Bukit Indah orang mana? Kalau tidak….
Projek terbaru laris macam goreng pisang. Satu lagi projek berhadapan
dengan Jusco Bukit Indah telah pun “sold out” walaupun belum “launch”
lagi.
Siapa pembelinya? Kalau tidak…..
Jikalau dilihat keadaan di sekitar JB/Nusajaya agak sedih kerana : Seri
Alam – Rumah yang bawah RM300,000 tidak akan dibina lagi, ada satu taman
baru RM500,000 ke atas, apabila ditanya kepada pihak pemaju, jawapan
mereka projek tersebut dipasarkan untuk kalangan”lecturers expatriate”
yang akan datang di mana Seri Alam bakal menjadi bandar Ilmu.
Buat rumah di ulu Pasir Gudang pun sama, pun sudah mencecah RM350,000.
Hartanah di Johor Semakin Mahal : Usaha Menganinya?
Jadi, apa lagi usaha yang mahu dilakukan kepada orang Melayu Johor yang
terdiri daripada golongan pertengahan dan rendah terutamanya bagi
membantu meningkatkan slot kependudukan mereka di di kawasan utama
Johor?
Kenakan cukai tinggi kepada warga asing hanya bantu kerajaan tambah duit
dan pendapatan sahaja terutamanya bagi menampung pemberian BR1M setiap
tahun.
Tetapi dengan duit BR1M tersebut, berapa banyak impaknya kepada orang
melayu yang tercari-cari hartanah di kawasan bandar apatah lagi di
tanahair sendiri.
Yang dibimbangkan pada masa akan datang, jika ditangani dengan mekanisme
yang lebih baik Johor pasti akan jadi seperti Palestin saja suatu hari
nanti. Tidak mustahil.
Dahulu….. asalnya tanah palestin luas, orang-orang kaya Yahudi membeli
sedikit demi sedikit tanah dari orang palestin akhirnya bila Yahudi
kuat, mereka merampas begitu sahaja baki tanah palestin yang tinggal.
Kebanyakan rumah di Johor berharga RM400,000 ke atas yang mana mampu
dibeli oleh golongan gaji lebih daripada RM7,000 sebulan sahaja. Jadi
kepada Menteri Besar Johor, tolong bagi statistik berapa ramai rakyat di
Johor terutamanya Melayu yang bergaji sedemikian rupa?
1.Sepatutnya warga asing tidak boleh beli hartanah freehold
2.Pajakan hanya tempoh yang singkat sahaja
3.Nilai hartanah yang boleh dibeli warga asing hanyalah pada kadar jutaan ringgit sahaja
4.Dan dikenakan RPGT berkali ganda berbanding rakyat tempatan
Sekarang ini terdapat projek komersial dan perumahan yang bertaraf antarabangsa di sekitar Danga Bay.
Pelan asal yang diluluskan dicadangkan di masjid dibina di tenga-tengah
kawasan komersial berkelas mewah ala-ala masjid Kotaraya.
Tetapi akhirnya, ada suara-suara yang berpengaruh meminta mengeluarkan
pelan pembinaan masjid tersebut dengan alasan kawasan tersebut
disasarkan untuk warga Singapura yang boleh menyebabkan jalan sesak
ketika Hari Jumaat terutamanya.
Inilah satu insiden yang menunjukkan di sini pelabur Singapura cukup dihormati di Malaysia.
Jenaka yang paling di Johor selama ini apa dia?
Hanya tanah kubur dan angin sahaja tidak dijual
Belum masuk lagi bab kisah jual beli pasir kepada Singapura sehingga
kelihatan Selat Tabrau semakin lama semakin sempit. Bagaimana boleh jadi
begini? Apakah Johor ini diperintah oleh komunis? Cina? Yahudi? Warga
asing?
duniacacamarba
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.