Azman Yusof's photo.

Daulat Tuanku!
Ampun Tuanku, salah dan silap pembicaraan patek harap diampun.
Tuanku merupakan payung kepada semua orang melayu dan kaum lain yang menjunjung Tuanku sebagai raja mereka. Orang melayu di Malaysia sememangnya berpegang teguh bahawa DYMM adalah raja mereka. Orang melayu memang terkenal dengan ketaatan mereka terhadap raja-raja kerana mereka sudah turun temurun menganggap raja-raja adalah ketua mereka.
Mana-mana masyarakat yang inginkan kehidupan yang aman dan harmoni mesti mempunyai seorang ketua. Ketua kepada orang-orang melayu adalah raja-raja Melayu dan raja-raja Melayu ini hakikatnya adalah Ulul-Amri atau Amir atau juga Imam.
Sebagai contoh dalam solat berjemaah, makmum
mesti mengikuti setiap pergerakan imam. Apabila imam mengubah kedudukan
pergerakan dalam solat, maka makmum mesti mengubah kedudukan yang sama
seperti imam.
Makmum tidak boleh mengubah kedudukan dalam solat
mendahului imam dan sekiranya makmum mendahului imam maka solat makmum
tersebut tidak dikira sebagai berjemaah bersama imam atau dalam kata
lain solatnya batal.
Apabila imam melakukan kesalahan dalam solat adalah
menjadi kewajipan kepada makmum untuk membetulkannya. Allah
memerintahkan makmum untuk membetulkan kesalahan imam dengan cara yang
berhikmah.
Allah memerintahkan makmum dalam solat berjemaah supaya
membetulkan atau menegur kesalahan imam dengan menyebut “Subhanallah”.
Apabila kita ingin menegur kesalahan imam, niat kita menegur imam bukan
niat hendak membetulkanya tetapi niat hanya kerana perintah Allah dan
untuk sukakan Allah.
Allah mengajar kita supaya beradab dan berhikmah
apabila memberi teguran kepada Imam atau Amir kita. Hal yang sama juga,
apabila ketua kita ada melakukan kesilapan, Allah memerintahkan kita
sebagai rakyat dibawah naungan ketua kita untuk memberi teguran kepada
mereka dengan cara yang penuh berhikmah dan beradab.
DYMM Tuanku adalah satu-satunya ketua orang melayu dan ketua kepada semua rakyat Malaysia. DYMM Tuanku telah memberi amanah kuasa untuk mentadbir negara tercinta ini kepada rakyat dan melalui sistem demokrasi, rakyat memilih ketua dikalangan rakyat sebagai wakil mereka dalam Parlimen.
DYMM Tuanku adalah satu-satunya ketua orang melayu dan ketua kepada semua rakyat Malaysia. DYMM Tuanku telah memberi amanah kuasa untuk mentadbir negara tercinta ini kepada rakyat dan melalui sistem demokrasi, rakyat memilih ketua dikalangan rakyat sebagai wakil mereka dalam Parlimen.
Ketua parti politik yang memiliki bilangan majoriti di parlimen dilantik
sebagai perdana menteri. Walaupun begitu, perdana menteri bukanlah
Ulul-Amri. Ulul-Amri negara ini tetap DYMM Tuanku yang mana dilantik
dari Majlis Raja-Raja Melayu.
Dari kalangan Raja-Raja Melayu akan
dilantik salah seorang dari mereka sebagai Yang Di-Pertuan Agong yang
merupakan Ulul-Amri (Amir) untuk negara Malaysia. DYMM Tuanku merupakan
Amir mutlak. Dalam satu masa tidak boleh wujud dua Amir. Adalah menjadi
perintah Allah supaya melantik seorang Amir untuk memerintah dan menjadi
ketua dalam satu masa.
Apabila wujud dua Amir dalam satu masa, maka
fitnah akan timbul. Fitnah disini memberi maksud kita akan menghadapi
huru-hara dan dikalangan orang islam wujud kebencian dan sangka buruk.
Orang islam akan akhirnya bunuh membunuh sesama mereka, dan tiada lagi
kasih sayang dan keamanan wujud dikalangan mereka. Apabila beberapa
orang islam semasa pemerintahan Khalifah Uthman r.a merancang untuk
membunuhnya, Hazrat Uthman r.a telah menasihati mereka supaya tidak
meneruskan rancangan mereka.
Beliau juga memberi amaran sekirnya mereka
tidak mahu mentaati nasihat beliau yang merupakan Amir yang sah kepada
orang islam pada ketika itu tetapi sebaliknya taat kepada Amir lain maka
akan berlaku huru-hara dikalangan orang islam selepas kematian beliau.
Sejarah membuktikan kebenaran kata-kata Hazrat Uthman r.a selepas
kematian beliau.
Selepas Hazrat Uthman r.a dibunuh, keadaan orang islam
sehingga sekarang tidak lagi hidup dalam keadaan aman damai dan harmoni
sesama orang islam. Soalan pertama Hazrat Umar r.a bertanya kepada orang
islam setelah beliau ditikam ialah siapakah yang menikam saya? Apabila
orang islam memberitahunya yang menikamnya adalah orang bukan islam,
beliau menjadi begitu tenang.
Apabila orang islam membunuh orang islam
yang lain dan orang islam yang dibunuh itu merupakan Amir kepada orang
islam, kemudian fitnah akan berlaku terhadap orang islam. Orang islam
tidak boleh mempunyai Amir lebih dari satu untuk memimpin mereka.
Di Malaysia ketika ini sepatutnya hanya ada seorang Amir sahaja dan Amir itu ialah DYMM Tuanku. DYMM Tuanku adalah Amir sebenar bagi negara Malaysia. DYMM Tuanku mesti mengambil alih tugas memerintah Malaysia terutamanya ketika negara berada dalam keadaan huru hara.
Di Malaysia ketika ini sepatutnya hanya ada seorang Amir sahaja dan Amir itu ialah DYMM Tuanku. DYMM Tuanku adalah Amir sebenar bagi negara Malaysia. DYMM Tuanku mesti mengambil alih tugas memerintah Malaysia terutamanya ketika negara berada dalam keadaan huru hara.
DYMM Tuanku
mesti mengambil alih tugas tersebut lebih-lebih lagi bila orang yang
DYMM Tuanku lantik untuk menjalankan tugas untuk melaksanakan
undang-undang dan pemerintahan gagal untuk menjalankan tugas dengan
baik.
Ketika berlaku kekecohan dan huru hara, adalah menjadi
tanggungjawab DYMM Tuanku untuk mengembalikan keadaan negara ini menjadi
aman dan harmoni.
Apabila pemimpin-pemimpin politik yang telah diberi
kepercayaan oleh DYMM Tuanku gagal untuk mentadbir negara dengan baik,
maka DYMM Tuanku sepatutnya mengambil alih kuasa tersebut dan baginda
memerintah negara ini. Kerana berpolitik, orang melayu tidak lagi
bersatu dan atas nama menegakkan keadilan di Malaysia banyak penipuan
berlaku. Kebanyakan ahli politik tidak lagi jujur dalam menjadikan
negara ini sebuah negara yang aman dan harmoni.
Kebanyakan mereka
menjadikan landasan politik sebagai alat untuk mereka mendapat kekayaan
dan kekuasaan. Mereka lebih cenderung untuk menggunakan kuasa yang
mereka miliki untuk mengkayakan mereka dan keluarga mereka sendiri.
Terdapat sejumlah besar ahli politik sanggup menafikan hak orang melayu
hanya kerana untuk meraih sokongan dari orang cina dan india.
Apabila
ahli politik bersungguh-sungguh menafikan hak orang melayu, ini jelas
menunjukkan mereka sebenarnya dalam usaha untuk menafikan hak Tuanku
sebagai raja kepada negara ini dan hak Tuanku sebagai Ketua Agama Islam
yang memartabatkan agama islam sebagai agama rasmi negara ini.
Sebenarnya DYMM Tuanku dan raja-raja melayu yang memberi kepercayaan dan
kuasa kepada ahli politik untuk mengurus negara ini. Kuasa mutlak untuk
mentadbir negara ini hakikatnya milik DYMM Tuanku dan semua raja-raja
melayu dan bukanlah milik mutlak ahli politik.
Hakikatnya, kuasa dan kemuliaan adalah milik Allah dan tiada yang memiliki kuasa dan kemuliaan kecuali Allah. Mengikut ajaran islam, adalah menjadi perintah Allah dan sunnah nabi Muhammad saw ‘apabila ada tiga orang dikalangan kamu, salah seorangnya mesti menjadi Amir’.
Hakikatnya, kuasa dan kemuliaan adalah milik Allah dan tiada yang memiliki kuasa dan kemuliaan kecuali Allah. Mengikut ajaran islam, adalah menjadi perintah Allah dan sunnah nabi Muhammad saw ‘apabila ada tiga orang dikalangan kamu, salah seorangnya mesti menjadi Amir’.
Amir diberi amanah dengan
kuasa dan Amir mestilah menggunakan kuasa untuk menegakkan
perintah-perintah Allah. Selagi seseorang itu yang dilantik menjadi
Amir, semua arahannya yang tidak bertentangan dengan perintah Allah
mestilah didengar, ditaati dan diikuti.
Malaysia mestilah mempunyai Amir
yang dirahmati oleh Allah SWT dan hak sebenar yang memegang status Amir
negara ini ialah DYMM Tuanku. Mempunyai Amir yang buruk adalah lebih
baik daripada langsung tidak memiliki Amir dan tidak sepatutnya wujud
keadaan di Malaysia langsung tidak ada Amir.
Jika kita tidak mempunyai
Amir maka kita tidak mentaati perintah Allah dan hal ini menyebabkan
Allah murka kepada kita orang islam. Hakikatnya kuasa untuk menggubal
undang-undang dan menjalankan pemerintahan di Malaysia tertakluk kepada
DYMM Tuanku dan raja-raja melayu, hal ini kerana DYMM Tuanku ketua
negara ini.
Apabila perdana menteri yang dilantik telah gagal untuk
memikul tanggungjawab yang diberikan kepadanya maka DYMM Tuanku
sepatutnya mengambil alih kuasa yang diserahkan kepada perdana menteri
selama ini dan DYMM Tuanku memilih perdana menteri yang lain agar
undang-undang dan pemerintahan kembali dapat dilaksanakan dengan baik.
DYMM Tuanku tidak semestinya menggunakan sistem demokrasi untuk memilih
perdana menteri.
Dalam islam, apabila tiada lagi wahyu diturunkan untuk
menyelesaikan masalah manusia maka Allah memerintahkan kita agar
mengadakan mesyuarat dikalangan orang yang bertanggungjawab untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi.
DYMM Tuanku boleh menggunakan
mesyuarat dikalangan ahli majlis mesyuarat untuk melantik perdana
menteri. Ahli majlis mesyuarat sepatutnya dari kalangan Raja-Raja Melayu
dan orang yang DYMM Tuanku fikir mempunyai kelayakan untuk menjadi ahli
majlis mesyuarat tersebut.
Oleh kerana DYMM Tuanku menjadi Amir atau
Yang Dipertuan Agong setiap lima tahun sekali, maka perlantikan perdana
menteri juga dibuat setiap lima tahun sekali. DYMM Tuanku dan Raja-Raja
Melayu mesti mendepankan kesejahteraan negara, perlaksanaan
undang-undang dan pemerintahan yang baik lebih utama daripada penggunaan
sistem pemerintahan.
Dalam sistem demokrasi, majoriti memerintah dan
jika sekiranya majoriti dari kalangan orang buruk maka orang yang buruk
jugalah akan dipilih menjadi perdana menteri. Sejak merdeka sehingga
kini negara kita mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan yang merupakan
sistem yang dilaksanakan di negara penjajah kita.
Walaupun Tuanku
dijadikan Yang DiPertuan Agong atau Amir di negara ini, namun dalam
sistem Raja Berpelembagaan, Tuanku berfungsi sebagai penasihat dan tidak
memiliki kuasa eksukutif mutlak. Dalam sistem Raja Berpelembagaan,
peranan Tuanku selaku Amir menjadi kurang aktif dan berkuasa. Dalam
sistem ini, Raja lebih kepada hanya menjadi simbol sahaja dan tidak
mempunyai kuasa mutlak.
Dalam sejarah islam, dua sistem pemerintahan
yang diamalkan ketika pemerintahan orang islam pada zaman kegemilangan
sahabat Nabi Muhammad saw. Yang pertama ialan sistem pemerintahan
khalifah dan yang kedua ialah sistem pemerintahan beraja.
Sejarah islam membuktikan bahawa empat orang sahabat Nabi Muhammad saw telah menjadi khalifah dan ia dikenali sebagai Pemerintahan Khulafak Rasyidin dan salah seorang sahabat Nabi Muhammad saw telah dilantik menjadi raja.
Sejarah islam membuktikan bahawa empat orang sahabat Nabi Muhammad saw telah menjadi khalifah dan ia dikenali sebagai Pemerintahan Khulafak Rasyidin dan salah seorang sahabat Nabi Muhammad saw telah dilantik menjadi raja.
Hadrat Abu Bakar r.a, Umar r.a, Uthma r.a dan Ali r.a
adalah Khalifah Rasyidin dan Hadrat Miawiyah r.a adalah contoh
pemerintahan beraja. Apabila orang islam terdiri daripada orang yang
beriman maka sistem pemerintahan khalifah atau sistem beraja adalah
sistem yang sesuai untuk dilaksanakan.
Orang islam di Malaysia akan
menjadi orang yang beriman kepada Allah apabila orang islam menjalankan
kerja mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dengan
bersungguh-sungguh.
Jika Malaysia ingin melaksanakan sistem pemerintahan
islam, maka sistem pemerintahan beraja adalah sistem yang sesuai
dilaksanakan di negara ini. Dalam sistem pemerintahan beraja ini, DYMM
Tuanku selaku Yang DiPertuan Agong dan Amir kepada negara Malaysia
bersama dengan ahli majlis mesyuarat yang menentukan perlantikan perdana
menteri. Perdana menteri yang dilantik akan melantik menteri kabinet
yang mendapat perkenan dari DYMM Tuanku.
Menteri kabinet yang dilantik
akan berfungsi untuk membantu perdana menteri menjalankan tugas-tugas
perlaksanaan polisi dan arahan yang diputuskan oleh DYMM Tuanku. Sistem
demokrasi bukan sistem pemerintahan islam dan tidak pernah digunapakai
oleh Nabi Muhammad saw, sahabat-sahabat r.hum dan orang-orang islam
terdahulu.
Demokrasi merupakan sistem pemerintahan yang dicipta oleh
orang-orang Rom kuno dan mereka merupakan orang bukan islam. Dalam
sistem demokrasi, golongan majoriti akan diberi kuasa untuk memerintah
dan apabila golongan majoriti dari kalangan orang buruk, maka tidak
hairanlah orang yang buruk akan berada ditampuk kekuasaan.
Oleh yang
demikian, Allah tidak pernah menurunkan perintahNya yang membenarkan
baginda Nabi saw supaya melaksanakan pemerintahan demokrasi dan ini
adalah disebabkan sistem tersebut tidak diiktiraf oleh Allah sebagai
sistem pemerintahan yang sesuai dan tidak banyak memberi manfaat kepada
manusia. Sistem tersebut dicipta oleh manusia dan sememangnyalah
terdapat banyak kelemahan dan keburukan.
Dapat dilihat banyak negara
yang mengamalkan sistem demokrasi akan bertukar menjadi huru-hara
menjelang pilihanraya. Sebagai orang islam kita mesti sentiasa berusaha
untuk mentaati semua perintah Allah termasuk dalam hal perlaksanaan
sistem pemerintahan yang telah ditunjukkan oleh Allah kepada Nabi
Muhammad saw dan sahabat r.hum.
Kini, ada sebahagian negara di dunia ini tidak menggunakan sistem demokrasi sebagai sistem pemerintahan namum negara mereka masih diterima kewujudannya serta dihormati oleh negara lain di dunia. Negara China dan Saudi Arabia sebagai contoh negara yang tidak mengamalkan sistem demokrasi tetapi mereka masih diterima oleh UN.
Kini, ada sebahagian negara di dunia ini tidak menggunakan sistem demokrasi sebagai sistem pemerintahan namum negara mereka masih diterima kewujudannya serta dihormati oleh negara lain di dunia. Negara China dan Saudi Arabia sebagai contoh negara yang tidak mengamalkan sistem demokrasi tetapi mereka masih diterima oleh UN.
Apabila sistem pemerintahan demokrasi tidak lagi mampu
untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian Malaysia, DYMM Tuanku
mempunyai kuasa penuh sebagai Amir negara Malaysia dan bersama dengan
semua Raja-Raja Melayu mempunyai hak dan kuasa untuk buat pilihan untuk
menggunakan sistem pemerintahan islam iaitu sistem pemerintahan beraja
daripada terus mengekalkan sistem pemerintahan demokrasi yang diguna
sekarang di negara ini.
Sistem pemerintahan islam merupakan sistem
pemerintahan yang telah ditunjukkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad saw
dan sistem ini diamalkan oleh sahabat-sahabat baginda saw dan orang
islam setelah mereka. Sistem pemerintahan islam tidak memerlukan
perlaksanaan pilihanraya umum. Tanpa pilihanraya umum, Malaysia mampu
menyelamatkan banyak jumlah wang dan ianya dapat digunakan untuk
membantu rakyat. Melalui sistem pemerintahan islam, Negara Malaysia juga
dapat diselamatkan dari jatuh ke tangan orang-orang jahat yang mahu
mentadbir negara ini.
Apabila negara ini melaksanakan sistem
pemerintahan islam maka negara ini akan dirahmati oleh Allah SWT dengan
keamanan dan kekayaan. DYMM Tuanku dan semua Raja-Raja Melayu akan
dikenal disisi Allah sebagai hamba Allah yang taat kerana melaksanakan
sistem pemerintahan islam di negara ini. DYMM Tuanku dan semua Raja-Raja
Melayu akan dikenang oleh generasi akan datang sebagai orang yang
bertanggungjawab melaksanakan sistem pemerintahan islam setelah melalui
zaman gelap semasa pemerintahan demokrasi.
Apabila kita mentaati
perintah Allah dengan cara yang telah ditunjuki oleh Nabi Muhammad saw,
maka kita akan berjaya dalam pandangan pencipta kita, Allah SWT. Semoga
Allah merahmati dan memberi hidayah pentunjuk kepada DYMM Tuanku dan
semua Raja-Raja Melayu ke jalan yang benar yang telah dilalui oleh
Junjungan Besar Nabi Muhammad saw.
Saya telah menjalankan tanggungjawab saya sebagai rakyat Malaysia untuk memperingatkan DYMM Tuanku dan semua Raja-Raja Melayu serta semua pemimpin politik orang melayu di negara tercinta ini dengan maksud untuk mentaati perintah Allah dan niat saya untuk sukakan Allah dan mencari keredhaan Allah sehingga saya menjadi hamba yang dicintai Allah SWT.
Saya telah menjalankan tanggungjawab saya sebagai rakyat Malaysia untuk memperingatkan DYMM Tuanku dan semua Raja-Raja Melayu serta semua pemimpin politik orang melayu di negara tercinta ini dengan maksud untuk mentaati perintah Allah dan niat saya untuk sukakan Allah dan mencari keredhaan Allah sehingga saya menjadi hamba yang dicintai Allah SWT.
Dengan segala
keupayaan yang Allah izinkan, saya telah berusaha dengan penuh sopan dan
tatasusila untuk memperingatkan DYMM Tuanku dan semua Raja-Raja Melayu
serta semua pemimpin politik orang melayu.
Sekiranya DYMM Tuanku tidak
senang hati dengan apa yang saya kemukakan ini dan tidak menepati
kehendak DYMM Tuanku, saya memohon keampunan dari Tuanku dan Allah SWT.
Daulat Tuanku ! Ampun Tuanku. Apa yang patek persembahkan harap diampun.
Patek mohon mengundur diri.
Prof Dr Nasoha Saabin
Dekan Fakulti Optometri
Kolej Universiti Antarabangsa Teknologi Twintech
Kuala Lumpur, Malaysia
Januari 2011
Karya asal dalam Bahasa Inggeris:
Website: http://mthago.com/2011/01/06/dymm-yang-dipertuan-agong-dan-raja–raja-melayu/
Prof Dr Nasoha Saabin
Dekan Fakulti Optometri
Kolej Universiti Antarabangsa Teknologi Twintech
Kuala Lumpur, Malaysia
Januari 2011
Karya asal dalam Bahasa Inggeris:
Website: http://mthago.com/2011/01/06/dymm-yang-dipertuan-agong-dan-raja–raja-melayu/
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.