Dulu tentang goncang dakwat...kini kandungan dakwat pula.....goreng-goreng dan terus goreng !
1) Pengerusi SPR Aziz Yusof dakwa beliau telah berunding dengan Kementerian Kesihatan mengenai kandungan dakwat kekal.
Malangnya Kementerian Kesihatan melalui mulut Menterinya Dr S
Subramaniam menafikan dakwaan Aziz dengan mengatakan kementeriannya
tidak pernah mengeluarkan laporan tentang dakwat itu dan SPR tidak
pernah meminta berbuat demikian.
Persoalannya :
Adakah Aziz dan Wan Ahmad tersalah
jalan menuju Kementerian Kesihatan. Barangkali mereka berdua pergi ke
Hospital Kementerian dan berunding dengan pesakit-pesakit wad psikiatrik ?
Sebab itulah Dr Subra tidak terima apa-apa surat dari SPR.
2) Ketua Penerangan UMNO Mat Maslan dakwa kandungan argentum nitrat terpaksa dikurangkan kerana takutkan risiko barah.
Persoalannya :
Hebat betul Mat Maslan "goreng"
rakyat Malaysia. Belum cukupkah lagi dengan Aziz dan Wan Ahmad
"goreng-goreng" rakyat Malaysia tiba-tiba sekonyong-konyong Mat Maslan
turut serta dalam "Pesta Goreng-Goreng" .
Kenyataan
Mat Maslan ini mengalahkan kepakaran Dr Subramaniam dan doktor-doktor
di Malaysia. Di mana Mat Maslan belajar ilmu kedoktoran ini ?
Barangkali beliau belajar dengan pokok getah di Manik Urai!
Tok Pepijat

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.